Memaparkan catatan dengan label pokok durian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pokok durian. Papar semua catatan

01 Disember 2025

Setahun Projek Pencen

Projek Pencen tanam pokok durian telah pun melebihi setahun. Banyak pengalaman dan ilmu baru yang diperolehi sepanjang setahun menjaga pokok-pokok durian ini.Kadang2 rasa nak give up je. Hahaha.. Pokok tak banyak pun tapi dah nak give up , macam mana nak tanam 10, 20 ekar pokok durian Musang King. Pokok durian kahwin  banyak ragam dia , bukan macam pokok durian yang ditanam dengan biji.

Apa yang boleh saya kongsi bila nak tanam pokok durian adalah,

  1. Pastikan ada modal $$$$ dan ilmu
  2. Sumber air perlu ada
  3. Pilih pokok yang ketinggian dia tak melebihi 3 kaki - proses pembesarannya lebih bagus berbanding pokok yang ketinggian 4-5 kaki.
  4. Pilih lah pokok yang mudah pengurusannya terutama kalau kita tak dapat menumpu perhatian sepenuh kepada kebun kita , bagi saya pokok durian Musang King  memang cerewet.
  5. Kesuburan tanah penting untuk pembesaran pokok durian.  Banyak kan mengguna baja organik.
  6. Pokok durian dilindungi dengan net hitam . 
Ini adalah daripada pengalaman yang dapat saya kutip sepanjang menanam pokok durian saya. Poko-pokok durian yang saya tanam ada yang ok, ada yang perlu diberi perhatian dan ada yang telah diganti dengan anak pokok durian yang lain.

Pokok Durian Duri Hitam yang perlu diberi perhatian , sebelum ni pembesaran dia ok tapi tak tahu kenapa tiba-tiba ada masalah dengan pokok ini. Mungkin sebab tak di lindungi dengan net hitam ?

Pokok Durian Duri Hitam , perlu juga diberi perhatian .

Pokok Durian Tekka , perlu diberi perhatian.

Pokok Durian Duri Hitam. 

Pokok Durian Tekka , perlu diberi perhatian

Pokok Durian Mothong - belum lagi setahun 

Pokok Durian IOI

Pokok Durian Kim Hong , baru 4 bulan ditanam menggantikan pokok Mothong yang mati.

Pokok Durian IOI

Pokok Durian Duri Hitam

Pokok Durian Duri Hitam

Pokok Musang King - ada masalah dan sentiasa diberi perhatian untuk pemulihan

Pokok Durian Musang King , yang diberi perhatian dan telah nampak perubahan yang baik

Pokok Durian Musang King yang ditanam sebelah dengan pokok durian Musang King yang ada masalah sebelum ini. Pokok baru berusia 2 bulan.

2 pokok yang ditanam sekali

Pokok Durian Udang Merah , perlu juga diberi perhatian. Mungkin perlu dipasang net hitam.

Pokok Durian Musang King yang dah besar, perlu juga diberi perhatian kerana daun nya kekuningan.

Pokok Durian IOI yang ditanam lebih kurang sama masa dengan pokok durian Duri Hitam yang diatas sekali. 

Sekarang ini aku lebih menumpukan kepada kesuburan tanah dan musuh-musuh pokok yang menyerang daun-daun pokok durian. Banyak masa ditumpukan pada projek ini dan modal dikeluarkan.

Semoga pokok-pokok durian ini membesar dengan baik , dilindungi daripada musuh-musuh mereka dan menghasilkan buah yang banyak apabila tiba masanya nanti. Aamiin . Semoga Projek Pencen aku ini berjaya. Aamiin.









31 Mei 2020

Pokok Durian N Jambu Horne

Lama dah nak pergi tanam pokok durian n jambu ni. Benih pokok jambu adik aku bagi, dia dapat daripada kawan dia. 2 pokok semuanya. Tapi nak tanam satu pokok dulu dirumah.


Lepas tanam pokok jambu, tu aku dan mywife pergi kebun macam biasa. Untuk bersihkan kebun dan tanam anak pokok durian yg kita orang semai drp biji. 

 Pokok durian tu aku "cover" dgn batang pokok limau utk elak drp "perosak" lembu, monyet n babi. 
Semoga kedua2 pokok tu akan menghasilkan buah yg banyak. Aamiin. 

Tahun lps aku ada tanam 5 anak pokok durian tapi yg hidup hanya 3 sahaja. 



Pokok nangka pun sempat aku tanam. 
Masalah utama selain drp perosak yg aku cakap tadi, air merupakan musuh utama sbb aku tak ada sumber air. 
Kebun aku dulu pernah ada paip air tapi bayaran dia tinggi juga, walaupun kadang2 aku langsung tak guna air paip tu, bil air yg perlu aku bayar ada RM26 sebulan. 
Sbb jarang pakai n bayaran yg tinggi aku potong je paip tu. 
Ini pokok durian yg dah berbuah tapi  tak pernah rasa buah dia lagi. Jadi habuan... 

19 Februari 2014

Tapak Semaian Benih Durian

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Apa yang kau orang bayangkan bila disebut tapak semaian. Mungkin kau orang bayangkan , batas-batas atau barisan polybag yang dilengkapi dengan "springler". Hah kau orang tengok aku punya tapak semaian.
Biasa le orang berkebun kalau makan buah-buahan yang elok mula pikirkan nak buat benih. Termasukle aku.

Masa kecil dulu pun arwah apak aku pun macam tu , bila makan buah durian yang elok mula le disuruhnya simpan bijinya nak dibuat benih. Sekarang berjangkit kat aku. Bukannya ada tanah 10 20 ekar nak tanam semua tu. Tanah yang ada pun sekangkang kera kata orang.

Hahaha , kau tengok le tempat tapak semaian aku. Habis celah-celah pokok aku semai biji durian ni.

2 pokok yang tinggi tu benih dari kampung.






Yang lain-lain tu benih yang aku ambil dari durian yang aku beli. In shaa Allah ingat sabtu ni nak pindahkan yang dah berdaun ke dalam polybag. Lepas tu boleh le dipindahkan ke kebun. Tapi sekarang tak sesuai sebab musim kering.Baru-baru ni pergi kebun tengok ada 3 batang pokok durian yang berbunga. Baru belajar berbuah kata orang. Kalau ada rezeki adale. Semuanya  ketentuan NYA.