17 Januari 2011

Buluh Madu Pagar Rumah

Pokok buluh madu yang mula2 aku tanam ialah pada Julai 2010 dan yang paling akhir aku tanam ialah pada bulan November 2010. Sekarang ni aku dah ada 4 pokok buluh madu ditanam di rumah aku. Kalau diikutkan pokok yang paling tua berumur dalam 6 bulan dan yang paling muda 2 bulan.

Kalau ikut apa yang aku tahu , umur 8 bulan baru boleh rasa rebungnya, tapi kat rumah aku dah ada stok simpanan rebung... ada 1 lagi rebung yang baru keluar dan aku jangka dalam seminggu ni aku boleh tambah stok rebung aku...tak perlu tunggu 8 bulan.... Alhamdulillah..


Sejuk hati tengok daun2 buluh madu yang berwarna hijau melambai-lambai...


Salah satu rebung yang keluar dari pokok buluh madu...

Ini adalah pokok yang paling muda...ini adalah rebung yang kedua...akan aku tinggalkan menjadi buluh...

Inilah tempat yang pasti aku singgah sebelum ke pejabat atau bila balik dari sana...

Tempat aku "membuang masa".....dan bakal menjadi "pagar rumah" aku


Lebihan potongan rebung yang diambil , dah keluar tunas...

Dulu kalau ambil rebung pasti aku akan potong sama paras dgn tanah (tamakle) , tapi bila aku aku potong 2" drp tanah , hasilnya tunas keluar drp. rebung tu...bolehlah le buat benih...belajar dr. pengalaman....

Banyak juga yang aku dan isteri belajar tentang pokok buluh madu daripada pengalaman menanam sendiri...Bila pokok buluh madu ni tak cukup air..bila rebung boleh diambil dan kat mana nak potong rebung masa mengambilnya.Mungkin sampai masanya nanti aku akan belajar bagaimana nak biak pokok buluh madu pula.....Pengalaman tak boleh dijual beli....Itulah ketentuanNYA..

01 Januari 2011

Kepuasan Melancong....

Bulan oktober 20110 , aku sempat ke negeri bawah bayu bersama keluarga, adik aku dan keluarga dia . Dari rumah ke LCCT , kami bertujuh naik "Van" aku... yang di parking di sana...Saja ke sana untuk memberi pengalaman baru Aishah naik kapalterbang - "Now , Everyone can fly".


Kami sampai ke sana dalam pukul 2 petang dan terus check-in ke hotel....Selepas buat apa yang patut dan booking van untuk "travel" esok kami keluar mencari makan...

Susah juga untuk mencari makan...so cara mudah ialah mencari restoren makan segera. Lepas makan kami bergerak ke tempat yang pasti menjadi kunjungan semua pelancung seperti kami - Pasar Kraftangan Kota Kinabalu atau pun lebih dikenali sebagai Pasar Filipina di kalangan penduduk dan pelancong.

Aku , khalif , dan adikku zaidi menjaga Aishah dan Basir , isteriku dan isteri zaidi memborong di gerai mutiara.....biarkan mereka berdua teruja dengan kelosang mutiara , alang2 datang dari jauh...apa salahnya memborong...aku hanya mengikut aje bila zaidi memborong pula makanan laut di gerai luar...akhirnya satu kotak untuk aku dan satu kotak untuk zaidi yang penuh dengan udang kering ,ikan masin dll.

Malam tu kita orang ke pasar malam di depan hotel...itu yg bagus tu..tak perlu pergi jauh untuk ke pasar malam...malam tu dinner hanya di kedai mamak dekat hotel tu..boleh tahan juga makanan di situ...nasi briani dia , isteri aku cakap sedap...aku x rasa pun...

Esok pagi kami bertujuh dah bersiap untuk ke Gunung Kinabalu dan Air Panas Poring...Jauh juga...nasib kami baik...dalam perjalanan kami dapat melihat permadangan Gunung Kinabalu dengan jelas...selalunya ditutupi dengan awan...sempatlah ber"posing" dengan latar belakang gunung kinabalu...
Dalam Van yang kami sewa dengan pemandunya sekali...

Berehat sebentar...mana yang nak menunaikan hajat dipersilakan...
Permandangan Gunung Kinabalu...

Starting point kepada mereka yang nak panjat Gunung Kinabalu...

Tempat untuk melihat permadangan gunung dengan lebih jelas..ini lutut gunung...hahaha



Berjalan keluar dari taman gunung Kinabalu....Makan dulu...sebelum bertolak ke kundasang....Permadangan yang menarik di sini..




Basir n Aishah berendam dalam kolam air panas...Keluar dari kawasan kolam air panas poring

Aku rasa perjalanan mau dekat 3-4 jam...kami juga melalui jambatan Tamparuli yang mempunyai kisah sejarahnya sendiri....Sampai di lutut gunung - kata pemandu van kami....kami hanya jalan2 disekitar kawasan tu aje..tak panjat pun....

Jambatan Tamparuli
Selepas tu kami ke air panas poring di kundasang pula...boleh tahan juga jauhnya...Sempat sembahyang zohor n asar disana...puas juga berendam kaki...aishah n basir sempat mandi dalam kolam tersebut...Orang ramai juga di sana yang kebetulan hari ahad...


Dalam perjalanan balik..hujan turun dengan lebat...letih juga..sempat juga melelapkan mata sekejap...hujan yang lebat membantut kami untuk berjalan di waterfront....

Esoknya, pagi2 lagi aku n zaidi ke pasar untuk mencari udang n ketam....Bukan musim udang tapi ketamnya memang menyelerakan...Selepas check-out...bermulalah perjalanan balik dengan kepuasan yg amat sangat...Insya'Allah ada rezeki dan kelapangan munking kami akan kembali ke bumi Sabah...itu pun jika itu ketentuanNYA...
Selamat Tinggal Sabah

21 Disember 2010

ATM Telan Duit

Mungkin ramai yg terkena tapi senyap begitu aje...Dulu hanya dengar cerita , tapi bila dah terkena batang hidung sendiri, baru terkulat-kulat. Awal Disember lepas duit yang aku keluar melalui ATM tak keluar tapi bakinya ditolak dengan duit yg sepatutnya keluar dari ATM.
Nak kata banyak tidak lah, tapi mungkin cukup untuk duit dapur rumah aku sebulan....

Panik aku dibuatnya...aku rasa macam mimpi bila duit tak keluar daripada ATM tu , tambahan pula lepas tu ATM tu terus keluar mesej OUT OF SERVICE... Tindakan aku , aku terus ke Bank ATM tersebut yang berhampiran...aku check dulu baki dalam akaun aku...sah baki yang ada adalah setelah ditolak dengan wang yang sepatutnya keluar dari ATM tersebut...

Aku diberi borang untuk diisi...staf perempuan bank tu bagitau...kes tu boleh selesai dalam masa 24 jam...memandangkan aku perlu bawa buku akaun semasa buat lapuran...jadi aku tangguh dulu "submit" borang laporan tersebut...selain aku ada tugas lain yg perlu aku selesaikan...

Dalam pukul 2 lebih...aku hantar borang tersebut pd staff lelaki dan dimaklumkan perlu mengambil masa 1 minggu...lain orang lain maklumat...Tak kisahlah , yang penting aku dapat balik duit tersebut...

Malam tu aku browse ke internet...rupanya banyak kes duit hilang daripada Bank...banyak juga kes yang duit tak dapat balik. Aku hilang harapan untuk dapat duit aku...

Selepas seminggu aku gi bank tu semula nak tahu progress duit aku tu...Staf kat sana mulanya mcm suruh aku tunggu vendor call...then seorang staf tu suruh tunggu 1 minggu...aku kata kes ni dah 1 minggu ...

Lepas tu aku tanya staf yg handle kes aku...kalau aku nak buat laporan kat Bank Negara..Ok..ke..Staf tu tanya staf yg mungkin lebih senior kat situ..Dengar aje aku nak report kat bank negara , dia suruh aku tunggu , sebab dia nak tanya pengurus dia...

Ha...baru dia tahu..dia ingat aku main2...org yg responsible tu gi lunch....so dia janji org tu akan call aku...Pukul 1 tgh org tu call aku...dia cakap kes aku dah stage terakhir...tapi yang peliknya..dia ada bagi tau kat vendor kes aku ni...tapi vendor gi salah tempat...dan dia bagi tau aku...esok dia suruh vendor gi tempat ATM yang aku hilang duit tu...Cis...kalau aku tak gertak tadi ....mau kes aku senyap aje...

3 hari lepas tu..aku gatal tangan chk akaun bank aku...duit yg hilang dah dimasuk semula n besok tu..dia org call aku maklumkan duit aku dah masuk...terima kasih...

Moral of the story....ramai yang hilang duit kat bank , kalau kita tak gertak dia orang , duit kita akan terus hilang....mcm mana kalau org kg hilang duit...dan hanya tunggu pihak bank ambil tindakan...mau kaya dia org....mana dia slogan "custome always right"...hampeh...kesian...

Bank mana aku kena...?????

12 Disember 2010

Bila Balik Kampung.....

Selepas tertangguh untuk balik kg. ,jumaat lepas aku balik kg. Bertolak dlm pukul 4 dan berhenti di Tol putrajaya untuk solat asar dan ambil along sarah di sana...Kali ni kereta aku penuh dgn benih2 pokok, 3 benih pokok kelapa , 2 benih pokok limau , 1 benih pokok lemon , 1 benih pokok buluh kuning dan 1 benih pokok buluh madu. Cadangnya nak ditanam disana...


Rumah Kampung...mengadap bendang...


Jalan yang memisahkan rumah kampung dan bendang...ke selatan , kg. gajah , teluk intan etc.

Jalan kearah utara..Sri Iskandar , ipoh , setiawan , lumut etc..Bendang Depan Rumah

Selepas solat magrib dan asar di Rawang aku terus bertolak ke kg. dan sampai di sana dlm. pukul 10 malam...Ambil kakak aku n suami dia , kita orang ke Sri Iskandar minum teh...

Esoknya tiada aktiviti yg menarik ...hanya berehat sahaja.. Keluarga kakak aku di hutang melintang balik , tapi balik hari aje...Keluarga Mak Tam balik petang tu selepas pergi kenduri org. kahwin...

Esok pagi tu , aku , Pak Dan dan Pak Yeop , memulakan operasi menanam pokok2 yang dibawa aku...Pokok kelapa dan 1 batang pokok limau di tanam di sawah depan rumah...Yang lain di tanam dalam kawasan rumah...
Pak Dan dan Pak Yeop sedang menanam pokok limau.

Pokok Limau...Pokok Kelapa




Pokok Buluh Madu


Tengahari tu kita orang buat BBQ...Pak Dan belanja....Amsa dan Pak Cik Adik balik petang tu..Meriahlah rumah tu....Hantar Sarah ke Stesen Keretapi Ipoh , dia balik Putrajaya naik keretapi...

Baru aku sedar Road-tax aku tamat hari selasa...banyak pikionye...sampai lupa nak check road-tax...malam tu aku contact agen insuran untuk "renew" road-tax n insuran ,...janji dia nak fax kedua-dua tu esok ke pejabat PAk Dan..aku suruh dia email sekali...tapi dia tak reti..erm..

Esok pagi tu aku masih sibuk dgn urusan Road-Tax aku tu...Pak Dan dan Amsa pergi kerja...Kami yang tinggal rancang ke Pangkor...Dengan 2 biji kereta kami bertolak ke Lumut untuk ambil Feri Ke Pangkor...10 orang semuanya...Ini kali ke-2 aku ke Pangkor...Ferinya ada penambahbaikan...berhawa dingin...
Mencari apa yang menarik di hati...Di Pekan Pangkor

Letih Berjalan....Berehat sekejap...

Kami bukannya kemana pun hanya jalan2 di pekan dia sahaja....Habis "merantau" di pekan pangkor kami pun balik ke jeti...alamak ramainya orang...mungkin org dah check-out hotel kot..berbaris pangjang le kami....jenuh juga...


Feri Pangkor
Kumpulan yang potong "Q" masa berbaris...tak berdisplin dan malu sungguh..Tudung pink n the Gang
Permandangan di "Dock-Yard", pembinaan kapal 4 tingkat rasanya...nice view...
Tiket Feri , orang dewasa..bayar sekali aje.
Dah sampai di Jeti Lumut....



Selepas makan di Lumut , kita orang ke pekan setiawan mencari kamera Mak Tam...Aku terus contact agen insuran tu..alamak dia cakap 5.30 baru dia punya "runner" balik...aik...hari tu cakap nak fax waktu tengah-hari..jenuhla Pak Dan menunggu ...Macam tu kot cara kebanyakan orang melayu berniaga...aku tukar agen insuran pun sebab nak tolong kawan2...dulu aku ambil kat toyota...seminggu 2 sebelum road-tax aku tamat dia orang dah remind dah...apa nak buat...aku dah terkena...


Nampaknya mungkin aku terpaksa balik malam ni juga...selewat2nya sebelum pukul 8 malam..Dia janji nak email road-tax n insuran aku...aku sms email aku , tapi aku tak menaruh harapan...Dalam perjalanan balik ke rumah..dia kata dia dah email..n ..janji nak email yg color kemudiannya....Sampai rumah aku terus chk email...nasib baik ada...Tak perlulah aku balik malam tu...

Malam tu ke rumah Pak Dan di Batu Gajah...untuk print benda2 tu...Balik dari sana , singgah di Sri Iskandar dulu...minum teh...Cadang esok nak ke Taiping..tapi x jadi..lutut aku sakit...

Esoknya kita orang buat pembersihan pokok2 mangga dan pokok bunga disekeliling rumah yang perlu dicantas dan betulkan...selepas tu makan besar...Asam pedas tetel, ikan jenak , masak lemak ikan masin kurau nenas menjadi santapan makan tengah hari...memang berbaloi...
Antara pokok mangga yang lebat berbuah...umurnya rasanya dah lebih 25 tahun...

Malam tu Pak Dan n keluarga balik rumah...tingal kami 2 keluarga....Esok pagi kita orang bersiap untuk balik ke Melaka...Ambil apa2 "harta" yang patut...tengah hari juga kami bertolak..Singgah di Tapah untuk solat n Pulau Indah..untuk membahagikan "harta"..hampir pukul 8 malam baru sampai rumah....Kalau ikut hati mau aje aku duduk sana sampai hari sabtu...memikirkan korje dan road-tax aku....balik juga le....kali ni memang best balik kg.....Tapi yang tak bestnya apak dah x ada...Itulah KetentuanNYA....