16 Mac 2015

Rumah Tok Zam Dilanda Banjir

Keluarga zam perpindah dari PPH Ulu Kinta secara rasmi pada akhir tahun 1983 , sehingga tahun 2014 iaitu lebih daripada 30 tahun mendiami rumah tersebut tidak pernah berlaku banjir.  Paling teruk pun hanya air melimpah di lantai rumah.

Tapi pada penghujung tahun 2014, 24hb Disember  2014 , rumah zam telah dinaiki air sehingga menenggelamkan bahagian bawah rumah. Tiada siapa menjangkakannya. Air beradik yang ada dikampung pada masa tu terpaksa berpindah.

Aku yang balik ke kampung pada 25 hb , tidak terus ke kampung tapi singgah dahulu di rumah kakak di Hutang Melintang. Dikatakan air surut sekejap sehingga paras lutut pada hari sabtu tapi pelepasan air dari empangan dan hujan yang turun menaikkan semula paras air.


Air naik sehingga ke paras pagar rumah.


2 biji Washing Machine Yang Terapung



Setelah hampir 2 minggu lebih ditenggelami air , air pun surut dan kesannya dapat dilihat .Alhamdullillah tiada lumpur setebal 1 atau 2 inchi yang meliputu lantai.

FASA MEMBERSIH......Mati akal juga mana nak mula dulu...... Bersih bahagian ni , yang ini kotor ,pening juga...




Peninjau selepas banjir


Selepas Air Surut




Semuanya tak dapat diselamat....Semuanya dilupuskan.
Tunggang langgang...

Engineer tengah check samada boleh dihidupkan elektrik


Tunggang Langgang Dalam Bilik

Tong Gas pun dihanyutkan dari tempat dia


Proses mencuci...huh penat...

Tukang bagi makan......

Water Jet banyak membantu.

Bergotong royong menbersihkan rumah.



Pelupusan , Almari Baju Dileraikan

Tekat peninggalan arwah mak , dibersih dan dijemur

Harap-Harap masih dapat memberi perkhidmatan kepada keluarga zam.









Men of the day.



"Remote" Kereta Sorong ????


Not Wireless But Wired ....


11 Julai 2014

Rombongan Keluarga ZAM

Assalamualaikum.

Khayalan menjadi kenyataan. Impian Arwah Atok Zam untuk membawa rombongan keluarga Zam telah direalisasikan pada 31/5/2014. Alhamdulillah berkat kerjasama dan tolak ansur adik beradik , rombongan ke Kelantan bersama-sama keluarga Zamzuri telah dapat dilakukan. Tujuan utama adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan anak saudara yang berkahwin dengan orang Kelantan.

Bas yang disewa untuk 28 keluarga Zamzuri telah bertolak dari Sayong , Kuala Kangsar pada pukul 4.00 pagi pada 31/5/2014. Terima kasih kepada ketua rombongan Cikgu Bahari Dan Cikgu Nan sekeluarga menyediakan "Parking" untuk kereta kita orang dan menumpang tidur

Menanti Penuh Sabar...Excited Nak Pi Rombongan
.
Gembiranya



Menanti Laksam Di Pasar Siti Khatijah



Riuh Rendah Menanti Bas Hahahaha

Menaiki Bas Seawal 4.00 pagi

Doa Dibaca Setiap Kali Memulakan Perjalanan


Di Rumah Pengantin

Singgah Di Pantai Cahaya Bulan

Di HomeStay Tempat Bermalam.

Gambar Keluarga




Driver Ke 3...Berlakun ....


Rombongan sempat singgah di PCB ,Wakaf Che Yeh Pengkalan Kubur dan Rantau Panjang sebelum balik ke Sayong. Keesokan harinya 2/6/2014 , Sempat juga diadakan kenduri kesyukuran menyambut ulang tahun hari lahir kelahiran beberapa ahli keluarga dan sempena persaraan Cikgu Bahari. Semoga semua usaha kita mendapat keberkatan Allah SWT. Terima kasih semua atas kerjasama dan sifat "Sporting" termasuklah Driver yang sporting...Kemana kita weh lepas ni....Perlis...Jom kite ke Perlis....


01 April 2014

Pindah Anak Durian Ke PolyBag

Dua minggu lepas aku berkesempatan memindahkan anak-anak pokok durian dari "tapak semaian buatan aku" ke polybag. Rupanya bukan senang nak pindahkan anak-anak pokok tu. Dengan kawasan yang sempit terpaksalah aku berhati-hati bagi memastikan akar tunjangnya tak terputus.










Kalau ikutkan dah hampir 3 minggu anak-anak pokok tu dipindahkan ke polybag. 1 minggu yang pertama memang mendebarkan sebab anak-anak pokok tu nampak layu aje dan daun-daunnya keguguran. Tapi tadi bila aku perhati betul-betul , nampak daun-daun baru akan muncul. Lega rasanya.
Apa yang aku pelajari , adalah lebih bagus kalau nak semai benih pokok durian , baik terus disemaikan di dalam polybag aje.


Bunga Durian



Kalau ada rezeki , adale.



Buah nangka yang rapat ketanah. Rasanya jadi habuan ........



Putik kuinin yang gugur atas tanah




Putik buah mangga telur.

Bergugus mangga telur ni macam buah anggur