31 Mei 2010

Hari Keluarga Hj Omar



Kakak ipar aku menelefon isteri aku mengajak bercuti di Cameron Highland masa cuti hari wesak..suami dia dapat booking banglo company dia...Isteri aku suruh dia ajak adik2 yg lain juga..Adik2 dia setuju kalau isteri aku ikut serta...sebab isteri aku ni , kalau ada dia habis riuh rendah rumah....

Hari jumaat tu aku dan keluarga pun bertolak dari Melaka dalam pukul 7.30 pagi, mereka yang lain bertolak dalam pukul 9 pagi sebab mereka dari KL...seorang lagi dari Lumut...so kenalah aku bertolak awal sikit...Highway okay aje kecuali seperti biasa R&R penuh dengan orang...Highway di Sungkai juga sibuk sikit "Jam" sebab bertukar dari 3 lorong ke 2 lorong...

Biras aku , sham dah sampai di Simpang Pulai lebih awal dari kami , aku sampai lebih kurang 15 minit selepas tu....2 kereta lagi nak tunggu...Dalam 30 minit biras aku Udin sampai...tunggu biras sulung aku aje - Suhaimi or "Big Boss"...kena tunggu dia sebab dia la yang booking Banglo tu...

Dia sampai dalam pukul 12.30 tgh dan kami terus bertolak ke Cameron Highland dengan 4 biji MPV..Big Boss diikuti dengan adik yg bongsu , aku dan sham...Kalau ikutkan 2 MPV local dan 2 MPV luar...hahah...lawaknya, kalau aku dan sham didepan nanti kereta local ni tertinggal..hahaha..jangan marah...

Puasnya juga mencari banglo Bank Negara tu...ialah tak pernah pergi...signage pun tak ada..Akhirnya dalam pukul 2.30 kami sampai ke banglo 5 bilik tersebut...Semuanya melepak dan kelaparan...yang perempuan sibuk menyediakan makanan yang dibawa...ayam dan kambing di barbequekan...laksa , mee gorang sambal udang dll....itu yang bestnya...semuanya pakat2 bawa sorang sikit...budak2 dah riuh dalam rumah...jumpa sepupu masing2....yang tadi muka monyok ,..sakit2..habis hilang..riuh betul...

Hari tu tak kemana-mana , samada diluar rumah atau dalam rumah aje...nasib baik ada indoor games dan ping pong...benda tu yang kita orang hadap...paling tidak dapat juga bermesra dengan anak buah...macam2 ragam ada...

Esoknya sham dan keluarga bertolak ke Melaka kerana ada temu janji dengan orang yang repair rumah yang baru dia beli...indrectly balik kg juga....Pukul 9.30 dia pun bertolak...Aku dan keluarga juga kena balik hari ni juga sebab perlu hantar khalifah ke asrama keesokan harinya...

On the way turun kebawah , suhaimi dan udin mengambil kesempatan untuk keluar "bershoping" yang perlu...kami "bershopping" di pasar malam di situ...belilah apa yang patut...
Selepas tu aku dan keluarga terus turun sementara mereka balik ke Banglo...tinggallah 2 keluarga...macam2 ragam kat pasar malam tu...cuaca yang kadang hujan tu mengurangkan mod untuk bershoping...

Dalam perjalanan turun..kereta banyak juga...kadang2 bergerak perlahan aje...Aku sampai ke rumah mertua aku di Melaka hampir pukul 1.00 pagi....Aku tak tahu apa terjadi pada 2 lagi keluarga, dengarnya mereka ke MARDI selepas ke pasar malam dan bertolak turun ke bawah keesokkan harinya dalam pukul 9 pagi..
Kalau ikut perancangan kami nak berkumpul di PD pula..harap2 jadi le....
Tapi apa yang pasti begitu rakus sekali mukabumi Cameron Highland di terokai..cukup2lah...mengenyangkan diri dengan duit haram....tak akan le..tanah yang diterokai secara haram tak nampak...apa yang tinggal untuk generasi akan datang, .....Selamatkan Cameron Highland...

Tiada ulasan: