03 Ogos 2010

Terima Kasih , Beri Peluang Untuk Bersedekah

Salam,

Minggu lepas selepas berjumpa dengan supervisor , aku dan isteri sempat menjengok ke kebun. Sementara aku meracun , isteri aku pergi tabur garam ke pokok2. Garam kasar tu dah lama dah kat kebun tapi tak sempat nak melasaikan tugas aku. Selepas dia habis menabur garam , dia menjengok ke pokok nangka yang telah kami balut buah2nya. Dia juga sempat menziarah ke pokok limau kasturi.....Alhamdulillah...4 biji nangka dapat kami ambil...Nangka yang menjadi idaman ramai orang...buah limau kasturi juga banyak dapat dikutip , rasanya ada kat 4 kilo...Sebenarnya pokok tu diberi oleh kawan aku ..Mr. Wee...dia kata benihnya daripada burung yang menaburnya....(faham2 ajelah maksud aku ni).


Sibuklah isteri aku mengupas buah2 nangka tersebut...walaupun dia berpuasa tapi semangat dia...terima kasih....banyak isinya....petang tu balik dari pejabat, isteri aku beritahu dia dah distribute kat jiran2 di lorong rumah aku...Alhamdulillah...dapat juga kami bersedekah dari hasil kebun kami...Terima kasih Allah kerana memberi rahmat kepada kami untuk berkongsi hasil kebun kami....Sempat juga kami simpan untuk diberi kepada adik aku n adik2 isteri aku yang berminat dengan buah nangka ni...Semoga pokok nangka tersebut menghasilkan banyak lagi buah yang sedap2 supaya kami dapat lagi bersedekah...Insya'Allah...Itulah ketentuanNya...

Tiada ulasan: