06 April 2011

FlashBack Kem PPH Ulu Kinta

Assalamualaikum...

Aku pernah tinggal di PPH Ulu Kinta atau sekarang ni dikenali sebagai Kem PGA. Lama juga kami sekelarga tinggal disana , lebih kurang 17 tahun. Lepas arwah bapa aku pencen , kami balik ke kg. Memang seronok tinggal disana , banyak kenangan disana. Suasana di kem bergantung kepada musimnya..kalau musim main bola, banyaklah perlawanan persahabatan dijalankan antara blok, kalau musim hoki , habislah pokok ubi dan buluh ditarah untuk menjadi kayu hoki, musim raya pula "bergaduh" antara blok dengan mercun dan roket....memang meriah tinggal disana , ramai orang. Tapi masa aku masuk ke Kem , suasananya nampak hambar.....senyap sunyi.... .keadaannya juga tidak "sebersih" seperti dulu....Dimaklumkan terdapat kerja2 meng"upgrade"kan flat2 ini...2 rumah dijadikan 1....memang menarik lah macm tu...rumah akan jadi 4 bilik yg "besar".

Kalau ikut sejarah keluarga aku , kami tinggal disana semenjak tahun 1966 lagi...aku dilahirkan di rumah yang kami mula2 masuk hinggalah bapa aku pencen...tak pernah pindah rumah...

Di Flat inilah kami tinggal semenjak 1966 , dihadapannya ada satu lagi blok yang pisahkan dengan padang....Padang yang banyak aktiviti dijalankan , kenduri orang kahwin , main police sentry , roundes , bola, hoki , lumba lari. Pernah sekali anak2 blok disana dia orang buat track dengan anak2 batu yang diambil dari tempat kontrak flat2 komando (VAT69)yg. sedang dibina. Kreatifnya anak2 dulu. Lepas tu buat pertandingan lumba lari..memang best...gelangan badmintonnya juga disana.... Banyak sangat kalau nak diceritakan...belum lagi "taman batu" yang banyak cerita yang seram...
Dahulu tempat ini adalah pasar , dan disebelahnya ada pokok jering yang besar yang menyeramkan...kalau nak ke "jamban" terpaksa mengadap kawasan ini...hahahaha...sekarang dah ada gerai...katanya dipanggil "Danok" entahlah....


Ini adalah pandangan klinik yang terletak dibelakang kem dan diatas bukit...banyak juga cerita2 sensasi dari klinik ni....semuanya menakutkanlah....Gambar diambil dari dalam kereta sebab hujan....tapi masa ambil tu...sunyi aje...mcm dah tak guna lagi....tak tahulah....


Kebanyakan anak2 polis zaman aku ni bersekolah rendah di sekolah rendah kebangsaan ulu kinta yang terletak tak jauh dari kem ni atau sekolah methodish tg rambutan. Aku bersekolah di sekolah methodish tg rambutan.... Naik bas samada bas biru atau merah...2 rivals yang selalu bersorak bila bertemu....kadang2 pemandu pun terpeganruh dengan gelagat kami, budak2... suruh bawa laju2....hahahaha..

Pekan Tg Rambutan adalah tempat syurga membeli belah selain yg utama iaitu bandar Ipoh. Kalau dapat duit raya , pekan tg rambutan le tampat beli sakan...mak bapak aku beli barang di pekan ni sebulan sekali...nak makan rojak mamak sedap disini juga...

Tak banyak perubahan pada sekolah Kebangsaan Methodish Tg Rambutan...Padang kecil yg ada disini...Aku lihat sekolah ni kawasannya menjadi lebih kecil...temapt perhimpunan dibelakang church dah tak ada lagi..churh nya sahaja kelihatan lebih cantik..?????<><^&^%*
Ini antara perubahan kecil yg aku perasan...Mungkin tempat perhimpuanan kot..
Ini juga saya perubahan....
Bangunan dihadapan ini juga tiada perubahan besar...

Antara temapat menjadi perhatian...stesen keretapi dihadapan sekolah...setiap kali keretapi lalu..guru kena berhenti mengajar....kalau masa darjah satu sibuk nak tengok keretapi...lepas tu kena denda...hahahaha...

Pekan Tg. Rambutan juga tak akan aku sesat....Arwah mak dan bapak aku pernah berniaga dihujung kedai tu suatu masa dahulu...Pekan Tg Rambutan....
Gambar diambil dari Masjid Di Batu 8, dahulu tak ada masjid ni....Singgah sembahyang...

Sebenarnya banyak kenangan di dua2 tempat ni....aku juga mencari kawan2 yang pernah mengharungi kenangan ni ber-sama2...ada kawan2 yg masih mempunyai keluarga disini...Insya'Allah jika diberi peluang..aku akan melawat kesini lagi...Jika itulah ketentuanNYA...

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

blok yg saudara duduk tu blok Q kah? depan blok Q tu ada blok R

zfikri berkata...

Betul lah tu......

Tanpa Nama berkata...

dulu saya duduk blok Q 1-04,kemudian pindah SM quarters, arwah ayah saya pencen tahun 1985, lepas tu kami pindah kampung, bila baca blog saudara teringat kenangan tinggal di kem dulu2

zfikri berkata...

Assalamualaikum...anak ustaz Ahmad ke...anak dia yang mana ni...

mantoy berkata...

salam, zaman kanak2 saya pun disini, blok A-601
hingga penghujung tahun 75. bapa pindah ke melaka. byk sungguh kenangan zaman kanak2 di sini.

Tanpa Nama berkata...

Best tengok gambar ni.. Saya rasa saya sama dengan awak belajar dulu.. Kembar abang dan adik but form 1 transfer to anderson school then form 3 moved to kedah. Teringat kawan lama sekolah rendah hasbullah, zuzarin, radzi, bujang, jalil, Nasir dan byk lagi. Thanks for the memories. Saifuddin Hassan . How.'s ur sister zainah (tam) and zabitah and ur twin?

zfikri berkata...

Ada kawan2 yg dah tak ada...Hasbullah dan Johar....Masa dia org buat reunion SRC dapatle jumpa kawan2 yg 30 tahun x jumpa...Jalil dan dari sekolah Rendah...

Unknown berkata...

ASALAMUALAIKUM
SEMUA..
Kepada yang ingin mehadirkan diri ke MAJLIS REUNION 2017 ANAK2 POLIS ..PASUKAN POLIS HUTAN .BREGED UTARA.ULU KINTA.. PADA 30/4/17.. AHAD
SILA BUAT BAYARAN PENDAFTARAN KEPADA BENDAHARI ..
PUAN SOMAIH BY AHMAD
NO ACC: 158305258024 MAYBANK..
DAN HANTAR COPY PEMBAYARAN KE SMS/WASSAP
KE NO HP: 0124817925
KAMARULZAMAN RAMLI.
( PENGERUSI MAJLIS )
ATAU...
NO HP: 014 7227349
KHAIRULNIZA RAMLI
AJK PENDAFTARAN..
RM 40.00 untuk anak2 polis pph sahaja. merangkap AHLI...
DAN
RM 20.00 untuk pasangan ahli.. suami/isteri ..
Sila buat bayaran dengan kadar segera... supaya memudah kan pihak kami mengatur rencana dan agenda untuk majlis penyatuan ukwah dan silaratulrahim kita anak2 polis PPH ulu kinta... jika ada kemuskilan boleh hubungi di no berikut..:
Kamalrulzaman
: 012 4817925...
atau
Ija : 014 7227349...........
KAMI SANGAT BERHARAP SEMOGA PERJUMPAAN INI DAPAT DIREALASASI DAN MENDAPAT SAMBUTAN SAHABAT2 DAN KAWAN2 SEPERJUANGAN MASA SILAM SEMASA BERADA DI ĶEM ULU KINTA...

LIST UNTUK TEMPAHAN EXTRA
1. Baju ikut harga.:
Berkolar RM 30.00
L/ panjang RM25.00
L/Pendek RM RM20.00
2. Mug RM 7.00
3. Sticker Kereta RM 5.00 (tampal pada kereta)..

Sertakan maklumat berikut:
Nama:
Size baju:. S.M.L.XL.XXL.XXL..:
/Kolar :
/ non kolar. :
/ Lengan pnjg :
/Lengan pendek. :
Mug ;
Sticker Kereta :

Jumlah bayaran di bank in : RM
Acc : 164762046321
Mohd Fauzi Hj Ishak..
dan photo copy slip bank in hantar sms /wassap /call ke no 011234667888.. ok.. send...

Unknown berkata...

Siapa masih ingat tinggal di blok s tingkat 4...tahun 1970an

Unknown berkata...

asslamualaikum. arwah bapa kpl yusoff bin mat nasir (26254)...aku tertanya Tanya mengapa dlm surat beranak aku ...tempat lahir markas pph hulu kinta...bapa aku penah ke Sarawak lubuk antu..tahun 1962-63-64..aku di lahirkan 1964..kakak aku 1963...bapa aku dh meninggal. last bertugas d Kelantan...dia kna tukar kekelantan sebab ...tembak ketua dia..org putih...semasa d lubuk antu srawak...pastu kna tukar ke Kelantan smpai pencen...tahun 1963 masa tu pangkat koperal...pangkat kna tarik...dh dekat nk pencen bru dpt koperal...ank buah dia ramai pencen seb ins...wassalam.

Unknown berkata...

Saya Anand tinggal di Blok Q4-05 dari tahun 1969 hingga 1979. Ayah kami mendiang Const 29899 Maniam bahagian Pengangkutan dan SLPPH meninggal dunia pada tahun 1997.Jiran saya ketika itu yang saya kenali Encik Sulaiman Bahagian Perisai dan Encik Hanapi SLPPH.

Unknown berkata...

Kenangan indah. Saya di Blok S2-07 hingga tahun 1979 sblm pindah ke Penang😊

minah_kg berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
zfikri berkata...

Saya ingat awak dan keluarga awak. Awak senior saya dan awak ada abang nama Bala kan? Ada 1 keluarga India di Blok R...
Encik Hanapi saya kenal , En Sulaiman ni saya tak berapa ingat...
Awak kenal saya tak ?

Unknown berkata...

Sy pernah tinggal di block E tingkat 4 kemudian pindah ke block H tingkat 1 no rumah lupa arwah ayah bertugas di kem ulu kinta dari tahin 1971 hingga 1983. Memang banyak sangat kenangan di kem ulu kinta seleoas pindah dari sana sy tak pernah lg pergi ke sana rindu jgk bula teringat kenangan di kem it