Aku pernah tinggal di PPH Ulu Kinta atau sekarang ni dikenali sebagai Kem PGA. Lama juga kami sekelarga tinggal disana , lebih kurang 17 tahun. Lepas arwah bapa aku pencen , kami balik ke kg. Memang seronok tinggal disana , banyak kenangan disana. Suasana di kem bergantung kepada musimnya..kalau musim main bola, banyaklah perlawanan persahabatan dijalankan antara blok, kalau musim hoki , habislah pokok ubi dan buluh ditarah untuk menjadi kayu hoki, musim raya pula "bergaduh" antara blok dengan mercun dan roket....memang meriah tinggal disana , ramai orang. Tapi masa aku masuk ke Kem , suasananya nampak hambar.....senyap sunyi.... .keadaannya juga tidak "sebersih" seperti dulu....Dimaklumkan terdapat kerja2 meng"upgrade"kan flat2 ini...2 rumah dijadikan 1....memang menarik lah macm tu...rumah akan jadi 4 bilik yg "besar".
Kalau ikut sejarah keluarga aku , kami tinggal disana semenjak tahun 1966 lagi...aku dilahirkan di rumah yang kami mula2 masuk hinggalah bapa aku pencen...tak pernah pindah rumah...
Ini adalah pandangan klinik yang terletak dibelakang kem dan diatas bukit...banyak juga cerita2 sensasi dari klinik ni....semuanya menakutkanlah....Gambar diambil dari dalam kereta sebab hujan....tapi masa ambil tu...sunyi aje...mcm dah tak guna lagi....tak tahulah....
Kebanyakan anak2 polis zaman aku ni bersekolah rendah di sekolah rendah kebangsaan ulu kinta yang terletak tak jauh dari kem ni atau sekolah methodish tg rambutan. Aku bersekolah di sekolah methodish tg rambutan.... Naik bas samada bas biru atau merah...2 rivals yang selalu bersorak bila bertemu....kadang2 pemandu pun terpeganruh dengan gelagat kami, budak2... suruh bawa laju2....hahahaha..
Pekan Tg Rambutan adalah tempat syurga membeli belah selain yg utama iaitu bandar Ipoh. Kalau dapat duit raya , pekan tg rambutan le tampat beli sakan...mak bapak aku beli barang di pekan ni sebulan sekali...nak makan rojak mamak sedap disini juga...
Pekan Tg. Rambutan juga tak akan aku sesat....Arwah mak dan bapak aku pernah berniaga dihujung kedai tu suatu masa dahulu...
Pekan Tg Rambutan....
Sebenarnya banyak kenangan di dua2 tempat ni....aku juga mencari kawan2 yang pernah mengharungi kenangan ni ber-sama2...ada kawan2 yg masih mempunyai keluarga disini...Insya'Allah jika diberi peluang..aku akan melawat kesini lagi...Jika itulah ketentuanNYA...