25 Mei 2011

Projek Pokok Getah

Assalamualaikum...

Setiap kali ke kebun, aku pasti akan melalui kebun ini...tanah kebun yang telah penuh dengan pokok2 getah...tak silap aku , sebelum ini tanah kebun tersebut hanyalah semak samun dengan beberapa batang pokok buah2an. Ini bermakna kalau dulu aku tanam pokok getah , sekarang ni aku dah boleh toreh dah pokok2 getah tersebut...2-3 ratus boleh juga dapat dalam seminggu...


Tapi semuanya telah berlalu....banyak yang dirancang , nak tanam pokok jati emas dekat ruang2 kosong kebun aku terutama kat tepi-tepi pagar kebun , tanam pokok gaharu le..dan banyak lagi perancangan ...tapi semuanya tak jadi...sebab hanya terfikir aje tapi no action...so kali ni aku nak tanam pokok getah...dapat 20-30 pokok pun jadilah....

Walaupun ada yang cakap kalau 20 batang tu bolehlah buat latihan aku berlatih menoreh..tapi aku tak kisah .....yang penting aku buat....kalau tak buat pasti tak dapat , kalau buat ada kemungkinan boleh dapat...so aku dah start tanam anak2 pokok getah...

Pokok getah yang tumbuh sendiri , sebatang ni aje.... dah besar pun..ini yang memberi semangat kat aku nak tanam pokok getah...
Anak pokok getah yang aku beli 20 batang sekali , sebelum ni aku hanya beli 2-5 anak pokok sesuatu masa tapi sekarng ni susah nak dapat kat nursery.20 batang tu aku beli daripada ladang pembiak anak2 pokok getah..felda dan risda pun ambil dari dia.......11 batang telah ditanam setakat ni...Yang lain Insya'Allah soon... Sebelum ni aku beli 4 - 4.50 sepokok tapi 20 batang tu aku beli 3.50 sebatang...tak tahulah kalau jenis klon yang berbeza...jenis klon apa yang aku tanam...jangan tanya..memang aku tak tahu...masa aku beli yang terkemudian tu ada juga dia tanya nak klon 1Malaysia ke...aku tak berminat..hehehehe...
Antara anak pokok getah yang awal ditanam, tanahnya adalah jenis tanah batu kerikil...huh..bukan senang nak korek lubang....itu yang tak larat tu....

Sebahagian daripada anak2 pokok getah yang baru ditanam...ditanam lurus berhampiran pagar kebun...
Aku sebenarnya tidak mahu terlalu ghairah menanam anak2 pokok getah ni ...selalunya aku akan gali lubang2 dulu barulah aku bawa anak2 pokok2 tersebut., tidaklah aku terpaksa meninggalkan anak2 pokok tersebut kat kebun...takut2 nanti mati anak2 pokok tersebut...
Bila dah biasa duduk bilik air-cond..badan pun dah tak kuat...nak gali lubang untuk anak pokok pun dah tak larat... Hari ni hanya sempat tanam 6 batang anak pokok dan gali 5 lubang aje...kalau kena tanah kerikil tu lagi le mati aku..hehehe...

Jika KetentuanNYA 4 tahun lagi aku boleh menoreh pokok2 getah ni..Alhamdulillah....

2 ulasan:

tuan tanah berkata...

semua anak2 pokok getah yang aku beli tu dah selamat ditanam...Semoga semuanya membesar dgn baik. Amin.

Tanpa Nama berkata...

Tapi sehingga semalam , aku rasa projek pokok getah aku gagal , banyak yg mati dirosakkan oleh binatang2 perosak , sedih rasanya . Itulah KetentuanNYA.

Tuanpunya tanah.