10 Januari 2013

Belalai Gajah Atau Snake Grass

Assalamualaikum, lama rasanya dah tak update blog ni. Sibuk sikit , ide banyak yang nak ditulis tapi masa , irulah ketentuanNYA. Untuk post yang ini aku nak sentuh sikit pasal tumbuhan yang bernama Belalai Gajah Atau Snake Grass. Katanya mujarab untuk sakit kanser. Penyakit antara yang orang takuti. Apa salahnya mencuba , yang menentukan Allah SWT.




Pokok ni diperkenalkan oleh Abang ipar aku pada keluarga kita orang. Dia pun dapat daripada kawan dia berketurunan China. So sekarang ni aku pun dah tanam kat rumah. Bukan susah nak hidupkan dia , ambil batang dia dan cucuk kat tanah.


Cara makan dia yang aku tahu ambil daun dia dan di"blend" dengan epal hijau. ( pastikan kulit epal tu dibuang). Minum le air dia tapi tak boleh disimpan air tu , terus minum selepas "blend". Bilangan daun tu bergantung kepada "serius"nya penyakit kita. 
Ada juga orang yang keringkan daunnya dan diminum seperti teh. Ada yang menjualnya dalam bentuk teh.Tapi ingat "minuman" ni akan menyebabkan badan jadi panas. 
So berhati-hatilah sikit kalau makan ubat-ubat lain seperti biji appricot atau ubat hospital.
Kalau nak tahu lebih lanjut lagi cubalah tanya pakcik Google. Banyak blog dan laman web yang membincangkan tentang pokok ni.
Dulu aku ada biak kan dalam "polybag" . Aku bagi pada kawan-kawan semoga dipanjangkan kepada yang memerlukan. Mana tau boleh membantu mereka yang mempunyai penyakit ni. Lagi pun kawan abang ipar aku tu cakap jangan dijual.
.
Mudah Ditanam. Dalam pasu bunga pun boleh.

Ini lah rupa daunnya.


05 September 2012

Kebun Orkid - Bunga Orkid

Dulu memang aku tak minat kat pokok orkid ni , sebab payah nak tengok bunga dia. Nak jaga pun cerewet , baik tanam pokok buluh madu , tak cerewet , hasil pun memuaskan. Tapi cuti sekolah yang lepas aku ikut kakak aku ke tempat jual pokok orkid . Kata mana ye ? Kat Jalan Kuala Kangsar Ipoh Perak. 
Ikut punya ikut dah tertarik nak tanam pokok orkid. Korang layan aje la gambar yang aku ambil kat kebun orkid tu.



Taukeh Kebun Orkid ni. Peramah juga.

Sempat lagi bergambar.

Ini pokok orkid kat rumah kakak aku. Dia dah tanam lama dah.

Antara jenis orkid yang ada kat kebun orkid ni.

Yang ini aku ada beli satu. Bukan untuk aku untuk "Mother-in-law" aku.

Yang ni pun lawa juga

Cantik tak bunga ni.

Mana satu nak pilih ni.
Jenis ini pun aku beli juga.

Banyak jenis bunga orkid ni.

Tengok le , banyak betul pokok orkid kat sini.

Merentas pokok-pokok orkid.

Yang ini mahal sikit , jenis hutan

Cantik kan.


Jenis hutan mahal daripada kacukan.


Ini kat rumah aku , orkid baru nak tanam , bukan le aku yg tanam , isteri aku le.



Aku masih baru lagi dengan pokok orkid ni , tapi sempat juga baca daripada blog-blog kat internet tentang orkid ni. Memang cerewet nak jaga pokok orkid ni. Air tak boleh banyak , baja kena kerap. Yang tension nya nak tunggu dia berbunga. Sebab tu bila nak beli , beli yang dah nak keluar bunga , baru bersemangat sikit. Hahahaha. Itulah ketentuan NYA.

17 Julai 2012

Pokok Buluh Madu Biar Kelihatan Bersih

Ramai juga orang menegur aku bila aku menanam pokok buluh di kawasan rumah. Antara alasannya adalah daun dia miang (gatal) , mengundang tetamu tak diundang dan semak. Aku siap sapukan tangan aku kat daun dan batang buluh untuk menunujukkan pokok buluh madu tak gatal dan mempunyai miang. Rebungnya juga tak ada miang.


Ranting-ranting halus juga digalakan dibuang supaya dibawahnya kelihatan bersih

"Orang Bunian" tolong bersihkan, ranting2 halus dibuang

Biar bersih , tiga batang rebung sedang membesar , 2-3 hari boleh le menuai rebung

Tak sabar nak keluar si rebung disebelah yg besar tu , boleh ambil yg besar tu ,kalau lambat jadi buluh le.

Bersaing nak "menabur bakt"

Macam ni la , baru nak kemas

Pohon-Pohon kecil perlu dicantas & biarkan dalam 3-5 pohon aje

Alasan no.tiga tu memang ada betul juga , mana2 pokok kalau tak di"trim" atau kemas , memang le semak. Jadi aku nasihatkan penanam2 pokok buluh madu dirumah rajin2le mengemaskan nya , jangan dibiarkan banyak sangat pohon2 buluh untuk satu pokok . 5-8 pohon buluh rasanya dah cukup dan buangkan ranting2 yang hampir dengan tanahh supaya bahagian dekat tanah tu terang , boleh nampak apa yg "menumpang" kat pohon buluh.

Lagu pun kalau rajin membersihnya , rajin juga nanti rebung nak keluar . Iyela bila dah tak ada pesaingan untuk baja , banyak le rebung keluar. Jadi rajin2lah membersih pohon2 buluh madu kita. Aku ni memang bernasib baik sebab ada "orang bunian" tolong besihkan. Terima kasih "orang bunian". Hahahahaha....Hanya aku dan isteri aku saja yang tahu.

12 Jun 2012

I-City - Taman Cahaya Dan Rumah Ais

Walaupun aku rajin berulang-alik ke Shah Alam tapi ini adalah kali pertama aku ke I-City , bandar cahaya. Selalunya aku buat tak reti aje pasal I-City ni , yang aku tahu tempatnya penuh dengan cahaya lampu tapi tak pernah terlintas nak ke sana.
Entah macam mana timbul pula idea aku dan keluarga nak I-City , semuanya gara2 aku ada kerja yang perlu dibereskan disana dan kebetulan pula cuti sekolah.

 

Kita orang 2 keluarga keluar dari Puchong dalam pukul 6.30 petang dan rancang untuk sembahyang Magrib di sana dan terus masuk ke I-City. I-City ni kat seksyen 7 , Shah Alam. tak jauh daripada pintu belakang UiTM.
Charge parking malam tu RM10 . Masuk percuma. Tapi kalau nak masuk ke "Rumah Ais" harga dia berbeza mengikut masa. Sebelum pukul 6 petang harga dia RM25 untuk dewasa , selepas tu RM35 , kanak-kanak tentula harga dia murah sikit.  Aku rasa berbaloi juga dengan harga dia kalau lagi murah lagi bagus hahahaha.

Baru sampai.
Antara permainan yang dijual disana.
Pokok yang dipenuhi cahaya
Menarik . Permandangan dari atas.
Kesian anak2 Panda tu jadi tunggangan




Dinasour       
Kereta ni pun ada 




Nak tengok permandangan dari atas naik le benda ni. Kena bayar le.
Diluar Rumah Ais
Sejuknye.....
Dalam Iglu , bukan oran eskimo






Tak boleh buat snowman , bergambar ajela
Sejuk le ayah.

Sebahagian daripada objek2 ais.
Memang dah sejuk ni
Kat rumah mana ni.?




Mengelonsor dalam rumah ais
Duduk dalam iglu ni boleh kurangkan sejuk
Memang seronok ke I-City , kalau nak berehat-berehat boleh le kesini. Rumah Ais dia memang sejuk , aku rasa tak sesuai untuk baby atau budak kecil kecualilah dia memang mandi ais tiap-tiap. Pakai le pakaian yang sesuai , dinasihatkan pakai kasut ( boleh jimat kos tak perlu sewa kasut ) bukan kasut tinggi, kan tergolek pulak. Kalau nak bawa sarung tangan pun bagus juga tidak le tangan asyik menyelup dalam poket aje. Bayaran masuk termasuk baju sejuk.