Memaparkan catatan dengan label rebung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rebung. Papar semua catatan

17 Julai 2012

Pokok Buluh Madu Biar Kelihatan Bersih

Ramai juga orang menegur aku bila aku menanam pokok buluh di kawasan rumah. Antara alasannya adalah daun dia miang (gatal) , mengundang tetamu tak diundang dan semak. Aku siap sapukan tangan aku kat daun dan batang buluh untuk menunujukkan pokok buluh madu tak gatal dan mempunyai miang. Rebungnya juga tak ada miang.


Ranting-ranting halus juga digalakan dibuang supaya dibawahnya kelihatan bersih

"Orang Bunian" tolong bersihkan, ranting2 halus dibuang

Biar bersih , tiga batang rebung sedang membesar , 2-3 hari boleh le menuai rebung

Tak sabar nak keluar si rebung disebelah yg besar tu , boleh ambil yg besar tu ,kalau lambat jadi buluh le.

Bersaing nak "menabur bakt"

Macam ni la , baru nak kemas

Pohon-Pohon kecil perlu dicantas & biarkan dalam 3-5 pohon aje

Alasan no.tiga tu memang ada betul juga , mana2 pokok kalau tak di"trim" atau kemas , memang le semak. Jadi aku nasihatkan penanam2 pokok buluh madu dirumah rajin2le mengemaskan nya , jangan dibiarkan banyak sangat pohon2 buluh untuk satu pokok . 5-8 pohon buluh rasanya dah cukup dan buangkan ranting2 yang hampir dengan tanahh supaya bahagian dekat tanah tu terang , boleh nampak apa yg "menumpang" kat pohon buluh.

Lagu pun kalau rajin membersihnya , rajin juga nanti rebung nak keluar . Iyela bila dah tak ada pesaingan untuk baja , banyak le rebung keluar. Jadi rajin2lah membersih pohon2 buluh madu kita. Aku ni memang bernasib baik sebab ada "orang bunian" tolong besihkan. Terima kasih "orang bunian". Hahahahaha....Hanya aku dan isteri aku saja yang tahu.

25 April 2012

Cara Baru Menghasilkan Anak Pokok Buluh Madu

Assalamualaikum.
Banyak juga anak (benih) pokok buluh madu yang telah aku hasilkan , hanya 2 batang aje aku tanam di rumah yg lain nya aku beri pada kawan2 , jiran dan keluarga. Anak pokok ni di ambil daripada potongan rebung yang telah mengeluarkan tunas yg telah besar ( lebih kurang 3-4 minggu selepas rebung diambil ).
Kalau dulu aku ambil satu persatu , macam dibawah ni , susah dan melambatkan.

Dulu satu-satu , sesak nafas nak dapatkan 2 anak benih.

Selepas tu aku cuba teknik di bawah , aku ambil terus satu rumpun  dan selepas tu aku pecah-pecahkan rumpun tersebut menjadi satu benih dan masukkan kedalam polybag seperti dibawah. Kalau rumpun dibawah aku boleh pecahkan kepada 5 anak benih.


Sesak nafas juga nak keluarkan rumpun ni.

Anak benih pokok diletakkan didalam baldi dahulu , ada masa baru diasing-asingkan.

Rebung yang masih kecil dan rumpun buluh tidak digalakkan merimbun.

Rumpun benih anak buluh diambil dari pokok buluh ni.


Yang terbaru ni , sebab aku malas nak masukkan kedalam polybag selepas mengasingkan benih-benih buluh madu tersebut , aku cuba teknik lain pula. Sekarang ni aku masukkan rumpun benih yang telah aku ambil kedalam kotak seperti di bawah. Bila nak ditanam baru aku ambil dan asing-asingkan anak-anak pokok tersebut. Jimat sikit tanah dan polybag aku , tambahan pula bila bagi pada orang. (macam tak ikhas je :) ). Bukan apa , kadang-kadang aku kekurangan tanah dan polybag. Cara ni aku rasa lebih "economic."

Mungkin cara ini lebih menjimatkan.
Anak pokok buluh madu yang telah mengeluarkan daun.

Sarang burung diatas pokok buluh madu dirumah aku. Dapat juga mereka mendapat kebaikan daripada pokok-pokok buluh madu ni.


Sarang Burung

22 September 2011

Rezeki Buluh Madu

Aku rasa baru 1 tahun lebih aku mula berminat dengan tanaman pokok buluh madu ni. Dengan ruang yang terhad di rumah teres aku , aku hanya mampu menanam 6 rumpun pokok buluh madu secara berperingkat-peringkat. Banyak yang aku belajar dalam tentang sepesis buluh ni. Dulu aku tak pernah berkesempatan untuk merasa mengambil rebung dan memprosesnya. Kini aku dapat rasa rebung dari pokok buluh aku sendiri. Aku juga mampu membiak anak pokok buluh madu sendiri. 2 rumpun daripada pokok yang aku tanam adalah daripada anak buluh madu yang aku biak sendiri. Sempat juga aku "beri" kepada kawan2 anak2 pokok buluh madu yg aku biak sendiri.
Tanaman pokok buluh madu di rumah aku.

Tanam pokok buluh madu ni tidak susah dan remeh. Hanya rajin menyiram air dan menyapu daun-daun buluh yang gugur. Musuh utama dia adalah anai2 dan semut. Kurang daripada 1 tahun lebih ni , aku dah puas makan rebungnya , dan tempias juga kepada orang2 lain. Daripada 6 rumpun yang aku tanam , 3 rumpun galak mengeluarkan rebung , 2 baru tanam dan 1 ni mula2 aje keluar rebung kemudian berhenti mengeluarkan rebung setakat ni, mungkin tanahnya keras , aku tak pasti.

Anak pokok buluh madu ditanam ke dalam polybag sebelum dipindahkan ke tanah untuk ditanam.

Baru2 ni aku sempat menghasilkan 5 anak pokok buluh madu , dan ini merupakan usaha aku yang terbesar sebab selalunya aku hanya mampu paling banyak 2 anak pokok buluh madu. Apa yang menariknya aku mencuba "membelah" rumpun buluh tu kepada 2 seperti dalam gambar di bawah. Nampaknya berjaya. Alhamdulillah. Itulah ketentuanNya.

Rumpun akar buluh madu yang dibelah 2.



Kalau anda ada ruang tanah di rumah , bolehle mencuba tanam buluh madu ni. Bukan sahaja cantik untuk landscape rumah kita tapi juga dapat merasa rebungnya. Tidak ada miang pada rebung dan daunnya seperti spesis buluh yang lain. Selamat mencuba.

03 September 2010

Rebung Buluh Madu

Pokok buluh madu yang aku mula2 tanam dulu telah mengeluarkan dua batang rebung. Aku hanya sedar semasa aku menyiramnya pagi tu...kebetulan adalah hari Nuzul Quran...seronoknya hati , tak perlu tunggu 7 bulan lagi.

Rebung yang ditinggalkan untuk menjadi buluh.

Semangat dengan rebung yang keluar daripada pokok buluh madu tu , aku tanam lagi satu anak pokok buluh madu. Pokok yang patut aku bawa balik ke kg. aku tanam dirumah aje...Insya'Allah akan aku bawanya kemudian.
Anak pokok buluh yang baru ditanam , Aishah sedang menyiramnya.

Pertumbuhan rebung memang cepat , semalam aku mengambil keputusan untuk mengambil satu daripada rebung tersebut selepas 8 hari.....Kerana kurang pengetahuan, rebung yang diambil tu tidak disiang dengan betul...so kadang2 termakan juga kulit dia yang keras...sebelum ni isteri aku masak yang telah diproses...sedap juga rebung dimasak pajeri....tapi banyak yang perlu dipelajari tentang pokok buluh madu ni...

Batang rebung buluh madu yang belum diproses.

Rebung buluh madu yang telah diproses

Hari ni aku tengok rebung yang satu lagi tu dah hampir 5 kaki , cepat betul tumbesaran dia....Tak sabar nak tengok pokok2 buluh madu yang lain mengeluarkan rebungnya....Memang puas dapat makan hasil sendiri....tambah yang mula2....