Memaparkan catatan dengan label rebung buluh madu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rebung buluh madu. Papar semua catatan

17 Julai 2012

Pokok Buluh Madu Biar Kelihatan Bersih

Ramai juga orang menegur aku bila aku menanam pokok buluh di kawasan rumah. Antara alasannya adalah daun dia miang (gatal) , mengundang tetamu tak diundang dan semak. Aku siap sapukan tangan aku kat daun dan batang buluh untuk menunujukkan pokok buluh madu tak gatal dan mempunyai miang. Rebungnya juga tak ada miang.


Ranting-ranting halus juga digalakan dibuang supaya dibawahnya kelihatan bersih

"Orang Bunian" tolong bersihkan, ranting2 halus dibuang

Biar bersih , tiga batang rebung sedang membesar , 2-3 hari boleh le menuai rebung

Tak sabar nak keluar si rebung disebelah yg besar tu , boleh ambil yg besar tu ,kalau lambat jadi buluh le.

Bersaing nak "menabur bakt"

Macam ni la , baru nak kemas

Pohon-Pohon kecil perlu dicantas & biarkan dalam 3-5 pohon aje

Alasan no.tiga tu memang ada betul juga , mana2 pokok kalau tak di"trim" atau kemas , memang le semak. Jadi aku nasihatkan penanam2 pokok buluh madu dirumah rajin2le mengemaskan nya , jangan dibiarkan banyak sangat pohon2 buluh untuk satu pokok . 5-8 pohon buluh rasanya dah cukup dan buangkan ranting2 yang hampir dengan tanahh supaya bahagian dekat tanah tu terang , boleh nampak apa yg "menumpang" kat pohon buluh.

Lagu pun kalau rajin membersihnya , rajin juga nanti rebung nak keluar . Iyela bila dah tak ada pesaingan untuk baja , banyak le rebung keluar. Jadi rajin2lah membersih pohon2 buluh madu kita. Aku ni memang bernasib baik sebab ada "orang bunian" tolong besihkan. Terima kasih "orang bunian". Hahahahaha....Hanya aku dan isteri aku saja yang tahu.

17 Mei 2011

Proses Rebung Buluh Madu

Assalamualaikum....Disini aku hanya ingin berkongsi pengalaman memproses rebung yang dikongsi oleh isteri aku. Sebenarnya kami tak pernah proses rebung ni sehinggalah kami mempunyai rebung sendiri hasil daripada menanam buluh madu. Rebung buluh madu ni tidak ada miang macam rebung2 buluh lain, jadi mudah sikit nak proses dia.

Mungkin cara yang aku ceritakan ni berbeza daripada orang lain atau ada kesilapannya harap maaf lah...hanya nak berkongsi pengalaman terutama dengan peminat2 buluh madu yang akan mendapat rebung daripada pokok buluh yang ditanam...mungkin pengalaman pertama.


Langkah Pertama :

Rebung yang diambil hendaklah dibuang kulitnya. Buang sehingga tiada lagi kulit yang boleh dibuang. Ada juga orang dia potong rebung pendek-pendek mengikut ruasnya dan ia memudahkan untuk menanggalkan kulit pada rebung tersebut. Tapi isteri aku lebih suka ia memanjang begitu. (ada sebabnya)



Dihujung atas rebung , banyak sikit kena buang kulit dia....kalau malas potong aje didepan ni...



Selepas semua kulit pada rebung dibuang. Rebungnya nampak licin dan warna hijua cerah.



Selepas tu dikikis sedikit kulit dalamnya seperti kita bersihkan carrot atau buang kulit kentang.


Selepas dikikis kulitnya , rebung kelihatan putih.


Dipotong-potong mengikut ruasnya. ( kalau dah dipotong ikut ruas-ruasnya awal2 tadi mungkin susah sikit nak kikis kulit dalam rebung tadi...ikut sukalah mana yang mudah )



Dihiris-hiris nipis ruas-ruas rebung tersebut.


Rendamkan dia dalam air beras....lepas tu bolehle di simpan dan dimasak bila perlu. Kalau nak bagi dia kelihatan kekuning-kuningan rebuskan sekejap rebung yang telah dihiris tu. Masak kari atau pajeri memang sedap selain masak lemak cili api....

Selamat mencuba semoga ia membantu....

26 Mac 2011

Jangan Buat Macam Ni.

Assalamualaikum.

Saya rasa daripada gambar di bawah tentu anda tahu apa yang tak patut anda buat.


Rebung Yang Terkeluar Daripada Lingkungan Tayar.

03 September 2010

Rebung Buluh Madu

Pokok buluh madu yang aku mula2 tanam dulu telah mengeluarkan dua batang rebung. Aku hanya sedar semasa aku menyiramnya pagi tu...kebetulan adalah hari Nuzul Quran...seronoknya hati , tak perlu tunggu 7 bulan lagi.

Rebung yang ditinggalkan untuk menjadi buluh.

Semangat dengan rebung yang keluar daripada pokok buluh madu tu , aku tanam lagi satu anak pokok buluh madu. Pokok yang patut aku bawa balik ke kg. aku tanam dirumah aje...Insya'Allah akan aku bawanya kemudian.
Anak pokok buluh yang baru ditanam , Aishah sedang menyiramnya.

Pertumbuhan rebung memang cepat , semalam aku mengambil keputusan untuk mengambil satu daripada rebung tersebut selepas 8 hari.....Kerana kurang pengetahuan, rebung yang diambil tu tidak disiang dengan betul...so kadang2 termakan juga kulit dia yang keras...sebelum ni isteri aku masak yang telah diproses...sedap juga rebung dimasak pajeri....tapi banyak yang perlu dipelajari tentang pokok buluh madu ni...

Batang rebung buluh madu yang belum diproses.

Rebung buluh madu yang telah diproses

Hari ni aku tengok rebung yang satu lagi tu dah hampir 5 kaki , cepat betul tumbesaran dia....Tak sabar nak tengok pokok2 buluh madu yang lain mengeluarkan rebungnya....Memang puas dapat makan hasil sendiri....tambah yang mula2....