03 September 2010

Rebung Buluh Madu

Pokok buluh madu yang aku mula2 tanam dulu telah mengeluarkan dua batang rebung. Aku hanya sedar semasa aku menyiramnya pagi tu...kebetulan adalah hari Nuzul Quran...seronoknya hati , tak perlu tunggu 7 bulan lagi.

Rebung yang ditinggalkan untuk menjadi buluh.

Semangat dengan rebung yang keluar daripada pokok buluh madu tu , aku tanam lagi satu anak pokok buluh madu. Pokok yang patut aku bawa balik ke kg. aku tanam dirumah aje...Insya'Allah akan aku bawanya kemudian.
Anak pokok buluh yang baru ditanam , Aishah sedang menyiramnya.

Pertumbuhan rebung memang cepat , semalam aku mengambil keputusan untuk mengambil satu daripada rebung tersebut selepas 8 hari.....Kerana kurang pengetahuan, rebung yang diambil tu tidak disiang dengan betul...so kadang2 termakan juga kulit dia yang keras...sebelum ni isteri aku masak yang telah diproses...sedap juga rebung dimasak pajeri....tapi banyak yang perlu dipelajari tentang pokok buluh madu ni...

Batang rebung buluh madu yang belum diproses.

Rebung buluh madu yang telah diproses

Hari ni aku tengok rebung yang satu lagi tu dah hampir 5 kaki , cepat betul tumbesaran dia....Tak sabar nak tengok pokok2 buluh madu yang lain mengeluarkan rebungnya....Memang puas dapat makan hasil sendiri....tambah yang mula2....

2 ulasan:

Sumo-san berkata...

perghh sedapnya rebung madu A.Gajah.Meleleh ayaq lioq..tambah pulak yg masak nya pakar masak memasak dari Jasin lak.Rasanya sama dgn rebung biasa ke bro Jenal??Lagi sekali tahniah krn rajin berbudi dgn tanah.....

penulis berkata...

Salam,
berbeza dgn rebung biasa , lembut dan manis.