02 Februari 2025

Piping Anak2 Pokok Durian

     Alhamdullillah , 2 minggu lepas piping untuk anak2 pokok durian dapat dipasang. Tertangguh hari tu sebab kontraktor yang nak pasang tu balik Indonesia. Harga dia boleh tahan juga RM3500 tapi bila difikirkan ia akan memudahkan penyiraman anak2 pokok durian nanti, kira jadilah. Dengan adanya piping tu memudahkan penyiraman pokok-pokok durian tersebut. Hanya bukakan paip dan bila nak balik tutup balik . Kalau tidak penyiraman sahaja mengambil masa lebih daripada sejam. Memang berbaloi. 








    Memandangkan terdapat lebihan kayu samasa betulkan atap rumah hari  tu , minta aje tukang tu buat pangking didepan pondok. Bagus tukang tu tak charge langsung untuk pangking tu. Sekarang ni , boleh la melepas letih kat situ. Buatan nya pun bagus.




3/2/2025.


30 Disember 2024

Pokok Ciku Mega N Pokok Limau Lipis

Balik daripada kampung Perak , rehat sehari , ke kebun buat lubang untuk pindahkan 2 anak pokok , pokok Ciku Mega dan anak Pokok Limau Nipis. Esoknya Hari Jumaat 27/12/2024 selamatlah kedua-dua pokok tersebut dipindahkan ke kebun.


Serba sedikit tentang pokok Ciku Mega (C19)

Pokok Ciku Mega - C19 mempunyai batang yang tidak berbonggol seperti Ciku Subang atau Jantung. Pokoknya cepat membesar dan relatifnya mempunyai kanopi rendah dan sesuai untuk tanaman padat. Ciku C19 mampu berbuah sebiji sahaja setiap tangkai. Ciri ini penting untuk kurangkan serangan perosak (lalat buah - Bactocera papayae) dan kulapuk hitam. Penjarangan buah juga didakwa tak perlu seperti klon lain. Buah ciku ini berbentuk simeteri dengan bahu buah yang rata. Ia mudahkan proses pembungkusan dan kurangkan kecederaan semasa pembungkusan. Berat buah lingkungan 320-400 gram sebiji (Jantung cuma 90-130 gram/biji dan Subang cuma 80-120 gram/ biji).

Kadar pembentukkan buah C19 sebanyak 10.2% iaitu sama seperti Ciku Subang (10.65) berbanding dengan Ciku Jantung mampu mencapai 21.0%. Kajian MARDI juga mendapati potensi hasi ciku C19 sebanyak 21.9 mt sepokok berbanding dengan Ciku Jantung (24.4 mt sepokok) dan Ciku Subang sebanyak 24.5 mt sepokok. Jika dikira anggaran pengeluaran hasil untuk setahun paling tinggi ialah Ciku Subang (8.3 mt/ tahun) diikuti Ciku Jantung (8.2 mt/ tahun) dan ciku C19 (7.3 mt/tahun). Buah ciku C19 sesuai dihidangkan segar tanpa perlu dikupas. 

(https://edesa.my/product/anak-pokok-ciku-mega-c19 )

Anak pokok Ciku Mega dah lama juga dibeli , beli bersama-sama dengan anak pokok durian hari tu. Tidak dipindahkan ke kebun sebab mencari kawasan yang sesuai untuk ditanam. Pokok limau , disemai oleh wife daripada biji dia. 

Kalau ikutkan pokok Ciku Mega tu dah berbunga masa beli hari tu. Harap2 cepatlah dia berbuah sebab teringin sangat nak tengok saiz buah dia nanti. Hari tu ada tanam 1 pokok Ciku Mega yang dibeli secara online , tapi macam hidup segan mati x mau je... Hahahaha...



Semoga kedua2 pokok ini membesar dengan sihat dan menghasilkan buah yang banyak. Aamiin Ya Rabbil Allamiin .


20 November 2024

Projek Pencen - Hasrat Yang Tersirat

 Assalamualaikum...

Projek ini aku dah plan 2 tahun yang lepas dengan harapan , bila pencen nanti pokok2 durian dah berbuah. Tapi kesukaran untuk menyewa JCB untuk membersih kawasan tersebut menghalang projek ini. Akhir nya dapat juga untuk aku mulakan projek ini dengan langkah pertama dengan menyewa JCB membersih kawasan tersebut.

Aku bahagikan projek ini kepada 6 Fasa.

Fasa 1 - Membersihkan kawasan

Fasa 2 - Clearkan pokok2 yang telah ditebang

Fasa 3 - Gali lubang untuk tanaman

Fasa 4 - Tabur Dolomite kedalam lubang yang telah digali

Fasa 5 - Piping air ke lubang2 yang telah digali

Fasa 6 - Tanam Pokok

Fasa 1 telah berjalan dengan baik tetapi Fasa 2 dan 3 menghadapi halangan kerana tidak dapat menyewa JCB untuk melakukan kerja2 tersebut. JCB yang disewa semasa Fasa 1 , ada sahaja halangan nya .











Aku telah mengupah 2 orang Bangla untuk menyiapkan Fasa 3 dan 4. Pilihan yang dipilih daripada menggunakan JCB . Banyak masa yang terbuang. Sementara itu Fasa 2 dilakukan oleh aku dan isteri secara perlahan-lahan.

Fasa 5 juga tertangguh sehingga hari ini sebab kontraktor yang dijanjikan masih berada di Indonesia. Tak boleh disalahkan kepada kontraktur sebab Fasa 2 tertangguh lama.

Fasa 6 terpaksa dilakukan walaupun tanpa piping.Paip getah yang panjang dan Tong Air digunakan sementara piping dapat dilakukan.  

Anak pokok durian mula ditanam dengan 3 batang anak pokok , 2 Tekka dan 1 Duri Hitam pada 5hb Oktober 2024. Akhir nya pada 17hb November , 10 anak pokok durian dapat di tanam dengan 4 jenis pokok durian , 2 pokok Tekka , 2 IOI ,2 Musang King dan 4 anak pokok Duri Hitam.












Pokok2 ditanam secara beransur-ansur , 2 pokok seminggu atau lebih. Semoga pokok-pokok durian tersebut akan hidup subur dan menghasilkan buah yang banyak. Aaamiin.

Ini bukanlah projek yang ada faktor WAU untuk orang sebagaimana projek2 durian orang lain yang tanam pokok durian berekar-ekar tapi bagi aku ini adalah projek pencen aku yang menpunyai hasrat yang tersirat sendiri. Semoga projek ini akan menjadi amalan baik kami yang akan membantu kami sekeluarga di dunia dan akhirat nanti. Aamiin .




05 Oktober 2021

Musim Buah

 Alhamdullillah , tahun ni musimbuah memang meriah. Pertama kali dapat merasa makan buah durian daripada 3 batang pokok yang berbuah. Biar pun buah nya tidak banyak seperti orang lain , tapi sekuran-kurangnya dapatlah merasa buah durian daripada pokok sendiri.

Buah manggis , rambutan dan duku langsat puas diberi kepada kawan-kawan. Buah petai juga tidak kalah berbuah. Petai masih galak di pokok berbuah. Alhamdullillah.



















Rumah Baru

 2hb Oktober yang lalu , aku dan isteri buat "rumah baru" untuk 2 pokok cempedak dan 1 pokok durain IOI. Pokok2 tu pun dah berumur setahun daripada dipindahkan ke kebun aku. "Rumah baru yang di buat ini lebih besar daripada rumah sebelum ini , bagi mengelak daripada dirosak oleh lembu. 

Sedih dan kecewa aku bila tuan2 lembu ni tak bertangunggjawab dengan binatang peliharaan mereka. Dibiarkan sahaja lembu2 ni memasuki kebun orang. Bukannya mereka tak tahu.

Pokok Cempedak King yang dah berumur setahun dikebun.

Dibuat "rumah baru"

Dah siap satu


Besar sungguh rumah baru ni.





Pokok Durian Musang King

     26hb September hari tu , sehari selepas ulang tahun aku yang ke 54 , aku pindahkan anak pokok durian  Musang King ke kebun. Anak pokok ni adalah hadiah daripada pembekal baja ,dimana aku dapat 2 anak pokok durian Musang King yang ketinggian dalam 1 kaki.

    Kedua-dua anak pokok tu aku bela dulu dirumah selepas  memindahkannya kedalam polybag yang lebih besar. Memandangkan sekarang adalah musim hujan dan ketinggian pokok tu pun dah mencapai ketinggian 3-4  kaki , jadi aku rasa sesuai untuk untuk dipindah ke kebun.

    Seminggu sebelum tu,  aku dah menyediakan lubang untuk ditanam pokok tu. Seperti biasa , pokok tersebut perlu "dikandangkan" dengan plastik hitam. Kandang tu aku dan wife buat besar untuk mengelak daripada musuh lembu dan binatang lain.

 Peneman setia yang sedia membantu.

Anak pokok durian Musang King masih dalam polybag

Selamat dipindahkan ke rumah baru.

Dikepung dengan jaring hitam untuk mengelak serangan Lembu...:(

Semoga pokok durian Musang King ni dapat menghasilkan buah yang banyak supaya dapat dikongsi rezekinya.Aamin.



12 April 2021

Petai dan Musang King


Waktu sekarang ramai pekebun masuk kebun , mendongak keatas. Sekarang pokok-pokok buah-buahan sedang lebat berbunga. Kat kebun aku pokok durian,rambuatn, duku langsat , manggis dan mangga tengah berbunga. Kalau ada rezeki dapatlah merasa buah-buahan tu.

Pokok petai pulak dah ada yang boleh diambil hasilnya. Dua minggu berturut aku dan wife kutip hasil petai. Dua minggu lepas minta seorang budak tolong panjatkan sebab buah-buah petai ni tinggi , galah pun  tak sampai nak kait.


Ini hasil 2 minggu lepas daripada 2 batang pokok



Ahad lepas ,aku dan wife perasan ada buah-buah petai yang rasanya boleh diambil dengan galah yang kita orang ada. Buahnya tidak la sebanyak yang sebelum ini.
Boleh tahan susah juga nak ambil petai-petai sebab galahnya sambungan daripada 2 galah.




Panjang betul galah ni...



Ini hasilnya untuk minggu lepas



Woman of the day.



Sehari sebelum tu , hari sabtu 10/04/2021 ( hari ni juga adalah tarikh kenduri Walimatulurus xstudent aku, Rasydan dan pasangannya ), aku sempat pindahkan anak pokok durian Musang King ke kebun. Anak pokok tu dah lama aku beli tapi aku jaga di rumah dulu. Memandangkan sekarang musim hujan , so aku rasa sesuai untuk dipindahkan ke kebun. Semoga pokok ni akan menghasilkan buah yang banyak. Aamiin Ya Rab Bil Alamiin.








Nota : Aku ingin menulis tentang pembelian emas sebagai asset melalui pengalaman aku. Tapi masih tak berkesempatan lagi.