18 April 2012

Projek Pokok Getah II

Ini merupakan projek pokok getah aku yang ke dua. Projek pokok getah aku yang pertama dulu boleh aku katakan gagal. Lebih daripada 30 anak pokok getah yang aku tanam , hanya 4 batang pokok aje yang nampak ok. Selain daripadanya mati kerana perosak-perosak yang ada di kebun aku tu. Apa nak buat kalau kerja di kebun ni hanya part-time aje dan aku mempunyai satu lagi "commitment" yang lebih penting yang menghalang aku untuk memantau anak-anak pokok tersebut.

Projek Pokok Getah II bermula dengan 18 biji polybag mengandungi biji getah.

Kali ni aku merangka satu lagi projek pokok getah ni , yang aku namakan projek getah II. Apa yang aku akan buat ialah mencambah sendiri anak-anak pokok getah daripada biji getah. Ini akan menjimatkan kos aku. Biji-biji getah ni aku dapat daripada bapak mertua aku yang dikutip daripada kebun orang.  Satu plastik bapak mertua aku bagi.


Baru-baru ni aku mulakan dengan 18 polybag. Aku nak tengok dulu perkembangan dia. Samada berjaya atau tidak aku akan tambah bilangan polybag perlahan-lahan. Tengoklah bila mood aku baik atau bila ada masa.

Inilah biji getah, pada siapa yang tak pernah tengok.

Tapi bila tengok biji-biji getah ni , aku teringat masa kecil-kecil dulu , main dengan biji-biji getah ni. Aku bukannya duduk dekat kebun getah atau bapak aku ada kebun getah. Sekolah aku bersebelah dengan ladang getah. Selalunya samada waktu rehat atau sebelum masuk kelas ada dua aktiviti kita orang akan lakukan dengan biji getah. Samada kita orang akan berlawan menggunakan biji getah - biji getah sapa yang pecah kira kalah le. Satu lagi digeselkan biji getah ni kat simen sampai panas lepas tu disuakan kat peha orang ( dulu pakai seluar pendek - sekolah rendah ), apa lagi menjeritle orang.

Biji-biji getah dengan polybag sebagai persediaan untuk Projek Pokok Getah II

Tapi kalau baca kisah zaman dulu , biji2 getah ni dibuat tempe. Mungkin diambil isi dalam biji2 getah ni kemudian ditumbuk supaya menjadi seperti tempe. Banyak cerita-cerita menarik tentang pokok getah ni terutama masa harga getah naik. Ada yang kelakar , antaranya , duit seringgit dibakar untuk mencari duit 50 sen , duit siling dibaling untk menghalau ayam , orang kampung beli peti sejuk walaupun bekalan elektrik masih tak ada dan lain-lain lagi.
Tengoklah nanti bila biji-biji getah ni dah bercambah aku akan tulis lagi , jika itu ketentuanNYA. Doakan semoga projek getah II ni berjaya.

Tiada ulasan: