Memaparkan catatan dengan label anak pokok buluh madu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anak pokok buluh madu. Papar semua catatan

26 Mei 2011

Anak Buluh Madu


Assalamualaikum...

Baru sekarang aku sempat menanam anak buluh yang aku biak sendiri. Sebelum ini aku beri pada orang lain. Mengambil anak pokok daripada induk dia bukanlah sesuatu tugas yang mudah. Aku rela beri pada orang daripada menjualnya dengan harga RM10. Sebelum nak ambil anak dia , kenalah sediakan peralatan yg sesuai seperti jebak (untuk mengali) , pahat (untuk memisahkan anak pokok dengan induknya) dan pengorek ( aku guna senduk yg dah tak guna ).

Pada pandangan aku , anak pokok yang sesuai diambil ialah selepas sebulan rebung diambil. Pada umur begini akarnya telah pun banyak pada anak pokok tersebut.

Memisahkan anak pokok buluh dengan rumpunnya adalah antara tugas yang sukar semasa mengambil anak pokok buluh.
Pastikan anak buluh yang diambil mempunyai akarnya , kalau tidak peluang untuk hidup adalah rendah.

Anak pokok yang ditanam daripada anak benih buluh yang dibiak.

Banyak lagi anak pokok buluh yang boleh diambil dari pokok buluh ni.....

06 April 2011

Buluh Madu Dari Planet

Assalamualaikum...

Aku masih ingat lagi semasa di sekolah di dalam satu acara perdebatan, sorang daripada ahli debat berhujah "anak cacat dikatakan makhluk alien"...maaf jika ada yang terasa...tapi apa yang dia ingin katakan adalah kanak2 yang cacat bukannya "alien" tetapi adalah sifatnya yang perlu ditangani dengan sebaik mungkin...ini tidak , bila sesuatu itu pelik terus dilabelkan sebagai "alien." Redha kepada ketentuanNYA....


Akibat dihempap tayar....Rebung jadi macam ni....

Rebung atau buluh yang tak menjadi ini adalah disebabkan dia di"hempap" tayar.....jadi tak perlulah di letak tayar dikeliling pokok buluh madu, takut2 jadi seperti dalam gambar diatas dan mengurangkan pengeluaran rebung. Tapi tadi aku lihat dah ada keluar tunas buluh...mungkin masih akan jadi buluh kot....Itulah ketentuanNYA....

20 Mac 2011

Benih Buluh Dah Bertunas

Assalamualaikum..

Pada posting yang lepas , aku ada bagitau yang aku nak menjalankan "ujikaji" tentang pembiakan benih buluh madu melalui rebung dengan lebih teratur lagi....Pada 13/3/2011 yang lepas aku dah pun mengambil 2 batang rebung dan ingin jadikan lebihan rebung yang ditinggalkan menjadi benih pokok buluh madu.
Rebung Buluh Madu Yang Diambil Pada 13/3/2011

Tunas Yang Telah Keluar Selepas 6 hari
Hari ni 21/3/2011 , baru aku perasan yang lebihan rebung yang aku ambil telah pun mengeluarkan tunasnya... Tapi aku diberitahu isteri aku , salah satu daripadanya telah pun mengeluarkan tunasnya 2 hari yang lepas , maksudnya pada 19/3/2011. Sebenarnya aku risau juga kalau benih tersebut "mengecut" atau "reput" , tengoklah benih tersebut macam nak reput aje...dan musuh utama tunas ni adalah ayam atau burung yang minat pada tunas ni. ( cakap En. Mokhtar le sifu buluh madu ni...). So kalau ada membela ayam , kena tengok2lah...

Rebung Buluh Madu Yang Diambil Pada 13/3/2011


Tunas Yang Telah Keluar Selepas 8 hari

Nampaknya selepas rebung diambil , tunas akan keluar selepas 6-8 hari. Tapi aku rasa , tunas pada rebung yang aku ambil cepat keluar dengan bantuan musim hujan pada masa sekarang. So hopefully dalam 2-3 minggu ni aku akan ada 2 lagi benih buluh madu. Dan sebenarnya aku baru aje ambil 2 lagi rebung hari sabtu yang lepas....Kalau menjadi , bertambah lah lagi benih buluh madu aku...Alhamdullillah...

13 Mac 2011

Anak Pokok Buluh Madu

As Salam,

Baru ni aku cuba pula untuk menghasilkan anak pokok buluh madu . Bukan apa , aku nak merasai pengalaman tersebut. Mungkin aku boleh mendapat ilmu tersebut daripada bacaan atau bertanya dengan yang lebih berpengalaman...tapi membuat sendiri adalah satu pengalaman yang berharga.

Aku dah pun ada dua anak pokok yang aku biak melalui rebung yang aku ambil. Sekarang ni aku nak pindahkan dia ke "polybag".

Anak pokok yang aku nak ubahkan kedalam polybag...

Keliling anak pokok perlu dikorek dengan berhati-hati supaya tidak merosakkan pokok2 yang lain.
Dalam juga lubang perlu dikorek...mengah juga aku...
Perlu ingat akarnya adalah dalam satu perdu dengan pokok utama, jadi kena ceraikannya....


Anak pokok yang berhasilkan dikeluarkan dari rumpunnya , pastikan ada akar pada anak pokok tersebut.

Anak pokok yang telah dipindahkan dan telah berumur 2 minggu dalam polybag.


Pucuk baru dan ranting baru dah keluar menandakan anak pokok dalam polybag tu ok dan boleh dipindahkan ke tanah.


Ini pula adalah anak pokok yang aku akan pindahkan ke polybag dalam masa terdekat ni.
Pengalaman dah ada mungkin mudah sikit kali ni.


Semalam(13/3/2011), baru ambil 2 batang rebung. Hajat hati nak jadikan anak pokok baru. Kali ni aku nak lebih sistematik Aku nak tahu berapa lama keratan rebung akan mengeluarkan pucuknya selepas diambil rebungnya.

Inilah lebihan keratan rebung yang diambil semalam, perhatikan disebelahnya ada lebihan keratan rebung yang telah lama tapi tak mengeluarkan pucuk.
Satu lagi keratan rebung yang aku biarkan untuk menjadi anak pokok.

Semoga usaha aku ni berjaya dan dapat menambah lagi pengalam untuk berkongsi bersama. Walau pun pokok2 buluh yang aku tanam belum lagi sampai setahun , tapi dah puas makan rebungnya dan dah boleh biak anak pokoknya. Tapi aku perhatikan , semut memang suka pada pokok buluh ni....kalau ada yang ingin berkongsi , apa ubatnya nak elakkan dari semut...