11 Disember 2011

Perginya Seorang Sahabat



"Assalamualaikum nal, Ana demamlah jadinya DMZ tak sempat nak buat, tolong nal... "itu adalah antara sms yang aku terima daripada Ustaz Sulaiman dalam pukul 11.48 pagi , kami berbalas sms sehinggalah aku tak membalas sms beliau dalam pukul 1.45 tgh. 4 disember. Dalam pukul 9 lebih malam aku terima sms daripada seorang kawan mengatakan arwah dimasukkan kedalam wad kecemasan. Aku memberitahu isteri dan adik aku yang kebetulan ada dirumah aku. Aku call sahabat yang sms untuk mendapat penerangan lanjut. Aku juga call kalau ada sahabat2 yg hendak pergi melawat arwah.
Selepas membuat beberapa panggilan aku dan seorang sahabat telah mengambil keputusan untuk pergi ke hospital Melaka melawat arwah. Sampai aje ke hospital , kami terus ke wad ICU , nama arwah tak ada dalam senarai pesakit . Telefon seorang sahabat yang telah awal melawat arwah , rupanya arwah masih di wad kecemasan. Ramai juga jiran2 dan kawan2 yg berada disana. Aku dan sahabat yg baru sampai mendapat maklumat daripada mereka.Makluman yang kami dapat arwah tidak berapa sihat (batuk2) dan telah mendapat rawatan di hospital Alor Gajah , dan akhirnya di"tolak" ke hospital Melaka. Aku berkesempatan melihat arwah terbaring di atas katil yang dipenuhi dengan wayar pada badan arwah. Mulut arwah terkumat-kamit , mungkin berzikir kerana mulut arwah sendiri dimasuk tiub .
Hampir 1 sejam lebih menunggu arwah diluar wad kecemasan , akhirnya arwah ditolak ke wad CCU. Aku turut ke wad tersebut tapi tak dibenarkan melawat , aku dan sahabat aku mengambil keputusan untuk balik sahaja dan melawat arwah esok dengan beranggapan bahawa arwah telah pun stabil.
Setelah singgah minum , aku balik ke rumah dalam pukul 1.00 pagi , aku sempat menonton perlawanan English League sebelum terlelap dalam pukul 2.00 pagi. Aku dan isteri terjaga apabila terdengar telefon berdering tapi tak sempat nak jawab. Aku mengambil telefon untuk melihat siapa yg telefon awal pagi , 5.30 pagi. Mata aku tertumpu pada satu sms yg aku tak baca lagi. MasyaAllah , ustaz Sulaiman telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 1.40 pagi. Terkedu aku...aku macam tak percaya. Perginya seorang sahabat yang kadang2 aku anggap macam abang aku. Beliaulah tempat aku "bercerita" terutama berkaitan dengan agama. Beliau banyak membantu aku terutama semasa aku masih baru ditempat kerja . Aku tak akan lupa jasa2 beliau.
Arwah pernah berkongsi bilik dengan aku di tempat kerja. Aku masih ingat lagi semasa kami minum di 1 kedai , bila salah seorang yang minum kat situ , anak ke ? bertanya kepada ustaz merujuk kepada aku. Kami hanya tersenyum aje. Bagi aku arwah seorang yang suka menolong orang tak kira dari segi tenaga atau kewangan walaupun beliau bukannya mewah sangat. Siapa yang tak kenal dengan Ustaz Sulaiman. Bukan sahaja di tempat kerja tapi juga bagi penduduk setempat. Penyakit "ghout" yg beliau hadapi membatas sedikit pergerakan beliau tapi tidak "commitment" beliau dengan kerja2 beliau. Beliau memang "berhalus" dengan kerja2 yang beliau lakukan. Biar pun bergelar ustaz tapi beliau begitu celik dengan komputer dan minat bersukan. Beliaulah yang berusaha untuk mendapatkan meja pingpong supaya kami boleh beriadah selepas waktu pejabat. Terlalu banyak kebaikan dan jasa beliau kalau nak disenaraikan.

Kali terakhir aku berjumpa dengan arwah bila kami sama2 pergi ke Persidangan Zakat Universiti-Universiti Sedunia di PWTC pada 22 dan 23 NOvember. Kami berulang-alik dari Melaka menaiki Van yang disediakan. Arwah tidur disana pada 23hb. Itulah "commitment" arwah dalam kerja beliau. Aku duduk disebelah beliau semasa perbentangan daripada peserta2 dari negara ARAB bagi mendapat penjelasan daripada beliau kerana aku buta bahasa Arab.

Ustaz Sulaiman kyusuk mendengar pembentangan daripada salah seorang pembentang Arab.

Kami berbual seperti biasa dengan beliau semasa dalam perjalanan. Beliau beritahu beliau ada membuat pemeriksaan kesihatan berkala sebulan sekali di hospital. Arwah nampak seperti biasa. Beliau ada memaklumkan , doktor suspek beliau ada "tiroid" tapi tak pasti. Pemergian beliau memang mengejutkan aku dan rakan2 yang lain. Ramai yang pasti akan merasa kehilangan beliau. Al-Fatihah.


Dr. Abd. Halim, Ustaz Sulaiman dan Aku di Persidangan tersebut.


Ustaz Sulaiman, Aku dan Ustaz Abdullah



Ya, Allah Ya Tuhanku, Kau ampunilah hambamu Mohammad Sulaiman Zahlan

Ya, Allah! Ampunilah hamba MU Mohammad Sulaiman Zahlan, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkanlah kesalahannya, hormatilah kedatangannya. Luaskanlah tempat persemadiannya; bersihkanlah(mandikan dia dengan air, air batu(sejuk) dan air embun). Sucikanlah dia dari sebarang dosa sebersih kain putih yang dibersihkan dari kekotoran,gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan gantikan ahli keluarganya dengan ahli keluarganya dengan ahli keluarga yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan peliharalah dia dari seksa kubur, fitnahnya dan sengsara api neraka. Dengan rahmatMU wahai Tuhan Yang Maha Pengasih.
Amin Amin, Ya Rabil a'lamin.

11 November 2011

Hari Anugerah Kecemerlangan PASTI At-Taqwa 2 - 2011

Seperti biasa sebelum sekolah tamat , majlis anugerah kecemerlangan pelajar adalah aktiviti yang paling popular di sekolah2. Begitu juga dengan PASTI At TAQWA 2 , yang mengadakan majlis meraikan pelajar2 nya yang telah tamat belajar untuk 5 dan 6 tahun selain mereka yang telah cemerlang dalam pelajar dan aktviti ko kurikulum.

PASTI AT TAQWA 2 pada tahun ni juga agak cemerlang dengan aktiviti2 luar. Mereka telah menjadi Johan bola jaring peringkat negeri Melaka dan Naib Johan Bola sepak. Ramai daripada pelajar mereka telah mewakili Melaka untuk peringkat Kebangsaan dan menjadi Naib Johan BolaJaring peringkat kebangsaan.

PASTI bukan sahaja mendidik pelajar2 berumur 5 dan 6 tahun dengan sifat2 Islam yang menjadi teras pendidikan mereka tetapi juga mendidik pelajar untuk aktif dalam aktiviti2 ko kurikulum dan sukan.

Majlis anugerah ini diharap dapat mendedahkan masyarakat dengan PASTI yang mungkin ada diantara mereka masih terbelenggu dengan momokan pihak2 tertentu. Majlis anugerah telah berjalan dengan selamat sehingga tamat tanpa gangguan pihak2 tertentu. Alhamdulillah.


Pelajar-pelajar berkumpul sebelum acara bermula.
Sebahagian daripada ahli keluarga pelajar yang hadir.
Bersiap sedia untuk acara ikrar.

Berikrar untuk menjadi masyarakat yang berpandukan Al-Quran dan Hadis dalam kehidupan mereka. Penuh keikhlasan.

Tidak ketinggalan Persembahan Nasyid.


Biarkan pun baru berusia 6 tahun tapi sudah berbakat untuk bersyarah.

Bersiap sedia untuk menerima "scroll" masing2. Semoga ia tidak terhenti disini sahaja.

Setiap pelajar akan menerima cenderahati . Tiada siapa yang akan pulang dengan tangan kosong. Hati anak2 mesti dijaga. Alhamdulillah.


Aishah menerima "scroll" untuk pelajar 6 tahun.

Ini pula kerana cemerlang dalam matapelajaran BAHASA ARAB. "Serious"nya pihak PASTI meraikan pelajar-pelajar mereka.

Jurukamera Professional yang tak menang tangan mengambil gambar. Terima kasih.


Ahli keluarga bergambar dengan anak masing2. Bila lagi akan berjumpa dalam majlis macam ni.?


Semoga menjadi muslimah yang berjaya denga berlandaskan Al-Quran dan Hadis sebagai pegangan hidup. Amin.

Rintihan aku supaya pihak pemerintah tidak menganak tirikan mana2 institutsi yang berusaha untuk membentuk generasi muda ke arah ehsan yang mulia. Janganlah diganggu mereka jika tidak mahu memberi apa2 bantuan material . Apa salah jika majlis2 seperti ini dapat diadakan di tempat2 awam seperti dewan2 sekolah atau Istitutsi pengajian Awam dikawasan sekitar. Ini mungkin akan menambah semangat pelajar2 untuk terus berusaha. Tapi tidak menjadi kenyataan kerana pihak2 empunya takut dengan pemerintah. Pihak pemerintah wajib berterima kasih dengan pihak2 yang membantu mereka membentuk anak2 kecil menjadi ehsan yang baik dan secara tiadak langsung mengurangkan masalah sosial yang semakin mendapat tempat dimuka-muka depan suratkhabar setiap hari. Berilah sokongan kepada pihak2 ini sebagai tanda terima kasih. Apakah telah lupa dengan adab orang melayu , budi yang baik dibalas dengan baik.

Janganlah juga di anak tirikan sekolah-sekolah agama , lihat sahaja sekolah-sekolah agama dibawah pentadbiran pemerintah. Tidak seindah dan semegah sekolah2 kebangsaan , tamil atau cina. Malang sekolah agama dibawah pemerintah sebuah negara islam. Bukalah mata dan berterima kasihlah kepada Allah S.W.T. jangan pula bila telah diturun bala baru nak bertindak , pada masa tu mungkin telah terlewat. Anak2 kita adalah generasi pemimpin masa hadapan. Akhlak yang baik melahirkan peminpin yang baik. Itulah KetentuanNYA.

08 Oktober 2011

Antara 2 Darjat

Aku bukan nak bercerita tentang 2 golongan manusia macam cerita P Ramlee tu. Tapi tentang orang melayu berniaga. Memang seronok tengok kalau kedai orang melayu berniaga ramai pelanggang. Ramai orang melayu memang pandai meniaga kedai makan. Selalu orang ramai akan pergi sesuatu kedai tu bila makanan dia sedap , ada sesuatu makanan yang "special" atau service dia bagus.

Kadaang-kadang kita hairan juga , makanan dia tak sedap langsung (kalau buat air tu tawar aje ,- kawan aku komen , mesti dia ni tak pernah minum kat kedai kot ) , service lembab tahap gaban tapi nak juga buka kedai makan , entahlah apalah yang mendorong dia buka kedai makan . Cuba2lah dapat feedback daripada orang ramai , kalau nak buka juga pergilah belajar dulu. Tak salah.

Dalam 2-3 minggu ni aku dah pergi kedai makan yang agak popular juga di Melaka ni. Satu tu memang sampai masuk TV lagi. Kalau engkau orang pergi memang kena beratur. Tak jauh dari tempat tinggal dan kerja aku. Tapi yang "$IaL"nya service dia macam "cEIa4A" terutama tang minuman. Tak salah aku ada 3 kedai kat deret tu yang jual minuman tapi tak tanya pun orang yang makan kat situ nak minum apa. Aku "quote" kata kawan aku , Orang melayu ni bila kedai dia orang tak masuk "dia kata kena buatan orang" , tapi bila orang ramai , cuba tengok muka dia tak pernah senyum pun. Masam memanjang , kadang2 pelanggan jadi mangsa. Itulah tabiat taukeh2 kedai makan orang melayu.

Satu lagi kedai makan yang aku memang puji ialah kedai makan Hajah Robiah kat Limbongan jalan dari Pantai Kelebang ke bandar hilir. (ikut jalan lama) . Landmark dia ialah depan hotel warna hijau - Farmosa (tak salah aku - bukan A'farmosa). Setiap kali keluarga aku datang dari Perak , tempat ni pasti dikunjungi . Bukannya kedai 5 atau 4 star , kedai makan biasa aje. Servis dia memang tip-top , kau orang tak payah nak pergi order minuman , dia orang akan tanya kat meja kau orang. Aku rasa tak sampai 5 minit mesti dia orang tanya . Kalau lambat siap minta maaf lagi. Pelanggan dia aku rasa lebih ramai lagi dari kedai yang kat atas aku cakap tu. Hajah Robiah (Taukeh) ni pun peramah. Dia punya kedai macam stail , kedai makan Cina , banyak stall , owner lain2. Aku rasa kedai2 yang ada masalah ni kena cuba kedai dia n tengok macam mana dia jaga pelanggan. Jarang le kau orang boleh tengok meja penuh dengan pinggang mangkuk tak berangkat. Sure dia suruh orang clear meja lepas orang makan.


Warung/Kedai makan yang aku puji makanan dan service dia.


Baru ni aku, isteri aku nak bawa satay balik kg. Kita orang singgah kat satu gerai jual satay. Aku tengok cara dia bakar satay pun naik menyampah. Tempat bakar satay dia cukup panjang untuk bakar satay banyak-banyak. Tapi dia guna bahagian terlalu kecil untuk bakar satay , sebab tu lambat. Entahlah. Nak je aku tanya , tapi karang kena penampar jepun pulak aku. hahaha.

Kalau bab satay ni kau orang kena tengok mamat yang jual satay kat Titi Gantung , Parit, Perak , jalan nak pergi ke Setiawan/Lumut dari Seri Iskandar. Dia punya tempat bakar memang panjang . Aku rasa 2-3 ratus sekali bakar tak ada masalah. Harga pun tak mahal. Macam tu la kalau nak meniaga.

Itulah antara 2 darjat kedai makan yang aku nak "kutuk". Pada mereka yang berniaga atau tengah berfikir untuk buka kedai makan. Lu fikirlah sendiri, bak kata Nabil.

22 September 2011

Rezeki Buluh Madu

Aku rasa baru 1 tahun lebih aku mula berminat dengan tanaman pokok buluh madu ni. Dengan ruang yang terhad di rumah teres aku , aku hanya mampu menanam 6 rumpun pokok buluh madu secara berperingkat-peringkat. Banyak yang aku belajar dalam tentang sepesis buluh ni. Dulu aku tak pernah berkesempatan untuk merasa mengambil rebung dan memprosesnya. Kini aku dapat rasa rebung dari pokok buluh aku sendiri. Aku juga mampu membiak anak pokok buluh madu sendiri. 2 rumpun daripada pokok yang aku tanam adalah daripada anak buluh madu yang aku biak sendiri. Sempat juga aku "beri" kepada kawan2 anak2 pokok buluh madu yg aku biak sendiri.
Tanaman pokok buluh madu di rumah aku.

Tanam pokok buluh madu ni tidak susah dan remeh. Hanya rajin menyiram air dan menyapu daun-daun buluh yang gugur. Musuh utama dia adalah anai2 dan semut. Kurang daripada 1 tahun lebih ni , aku dah puas makan rebungnya , dan tempias juga kepada orang2 lain. Daripada 6 rumpun yang aku tanam , 3 rumpun galak mengeluarkan rebung , 2 baru tanam dan 1 ni mula2 aje keluar rebung kemudian berhenti mengeluarkan rebung setakat ni, mungkin tanahnya keras , aku tak pasti.

Anak pokok buluh madu ditanam ke dalam polybag sebelum dipindahkan ke tanah untuk ditanam.

Baru2 ni aku sempat menghasilkan 5 anak pokok buluh madu , dan ini merupakan usaha aku yang terbesar sebab selalunya aku hanya mampu paling banyak 2 anak pokok buluh madu. Apa yang menariknya aku mencuba "membelah" rumpun buluh tu kepada 2 seperti dalam gambar di bawah. Nampaknya berjaya. Alhamdulillah. Itulah ketentuanNya.

Rumpun akar buluh madu yang dibelah 2.



Kalau anda ada ruang tanah di rumah , bolehle mencuba tanam buluh madu ni. Bukan sahaja cantik untuk landscape rumah kita tapi juga dapat merasa rebungnya. Tidak ada miang pada rebung dan daunnya seperti spesis buluh yang lain. Selamat mencuba.

19 Ogos 2011

Bersedekah Atau Terpaksa....


Kalau musim buah pada bulan Ramadhan , selalunya tak lakulah buah2an tersebut...Musim buah2an baru2 ni , kat kebun aku ada pokok yang mengeluarkan hasilnya terutama pokok rambutan , semua pokok rambutan ( 7 batang pokok) berbuah selain cempedak , manggis dan nangka...buah durian tak ada lagi walaupun satu pokok tu aku rasa dah kat 7-8 tahun....

Buahnya tak le berapa besar....

Yang aku nak cerita ni , tentang pokok rambutan aku , daripada 7 batang hanya satu pokok aje yang boleh diambil hasilnya...yang lain di "sedekah" ke makhluk Allah SWT yang lain...ikhlas ke ???....hehehehe...yang ditinggalkan buahnya tidak le berapa besar buahnya...yang disapunya semuanya buah2nya yang sedap...pandai betul makhluk Allah tersebut..yang best aje dikebasnya..hehehe..kasian kat tuan punya kebun...berangan-angan aje...


Lebat juga buah nangka ni...Tak tahu pulak macamana rasanya...

Nangka yang tengah membesar tu tak tahulah apa nasibnya selepas ni...apakah di"sedekah" juga..Cempedak dah sempat rasa ......ingatkan besok nak tengok mana2 buah cempedak yang boleh diambil....Manggis ada sebatang dua yang baru belajar berbuah....harap2 musim akan datang berbuah lebat sikit manggis tu...

Ini aje satu pokok rambutan yang boleh rasa hasilnya....

06 Ogos 2011

Melepak Di DERIA 2011

Sebenarnya bukan melepak , sebab DERIA 2011 telah "mencuri" waktu beradu aku. Aku hanya sempat tidur 2-3 jam sahaja sehari sebelum DERIA 2011 bermula. Ini bukan kali pertama aku menyertai "event" seperti ni....sebelum ni aku pernah menyertainya di PWTC. DERIA 2011 adalah pertandingan inovasi yang diadakan di Melaka.

Sama seperti di PWTC aku hanya menumpang organisasi lain bukannya mewakili organisasi tempat aku kerja.
Sehari sebelum DERIA bermula, aku , adik aku dan kawan aku ke tempat DERIA akan diadakan untuk melihat keadaan disana dan memeriksa "booth" kami. Sempat juga adik aku bertanya , bila kumpulan kami akan diadili , esok pagi dalam pukul 10.00 itulah jawapan yang kami terima...hussh..senak ni...ada kerja yang belum dibereskan...poster pun belum ambil lagi...
Sebahagian daripada produk yang dipamerkan
Pagi tu aku terus ke "booth" kumpulan aku , untuk menyiapkan apa yang perlu...tak ramai lagi pun... Pihak yang menguruskan DERIA ni aku nampak kelam kabut sikit..."supply" elektrik selalu terputus...maklumat juga tak sampai.... Berdebar menanti giliran pihak juri datang ke "booth" kami...yang ditunggu tak juga tiba...Macamana dengan apa yang dikata oleh pihak urus setia semalam kat adik aku..????? Penipu ke pihak urus setia ni.....????

Sebelum zohor sempat aku lelap sekejap di surau...Hampir ke 4.30 ptg pihak juri dah hampir dengan "booth" kami.....tapi.... 2,3, booth sebelum sampai ke booth kami...juri terus balik..kami yang menanti dengan penuh debar...termanggu-manggu...bertanya sesama sendiri..Tiada maklumat... Boss projek terpaksa pergi tanya pihak urus setia...rupanya kami punya giliran esok... apa lagi ???????????? Memang tak professional sungguh pihak urus setia ni...glamour aje..bila nak bergambar dengan tetamu ke hormat kelam kabut semua AJK nak bergambar..bila ada peserta yang baru sampai ..tiada siapa nak bertanya khabar... Harap2 adalah perubahan di masa hadapan....
Menerangkan Tentang Projek Kumpulan Kami Kepada Pihak Juri.

Esoknya sebelum sembahyang Jumaat baru kumpulan kami didatangi juri..semuanya berjalan seperti yang dirancang. Pihak juri bersetuju dengan kepentingan projek yang kami bina dan mempunyai prospek untuk dikomersialkan.


Banyak komen yang tidak sedap didengar yang diluahkan oleh para peserta...letih kami dibuatnya....tapi nasib baik kami dapat Anugerah Emas...sejuk sikit hati.....

Event ni bagus kerana mempamerkan inovasi2 baru....Tapi harus dianjur dengan baik..Sayang tak ramai orang luar yang datang seperti di PWTC dulu...mungkin kurang promosi kot....

01 Ogos 2011

Apa Tandanya ?

Sekarang ni aku dah tak ada kesukaran untuk membaca suratkhabar lagi...Sebelum ni , bila nak baca suratkhabar pasti aku kena buka cermin mata....letih juga kalau selalu macam tu..Kalau wife aku nampak pasti meleret senyum dia....

Tapi ubat yang aku perlu pakai adalah aku perlu tukar cermin mata aku...Kalau dulu rabun jauh aje..tapi kini...rabun dekat sekali.....hai apa tandanya.....?

Ubat "tak nampak jauh" dan "untuk baca suratkhabar"

Kena banyak beringat le.....umur dah meningkat...itulah jawapannya...biasalah bila umur dah meningkat...rabun dekat pun menjelma..tak payah diundang....Itu yang pening tu...Tak selesa pakai cermin mata macam tu...mau naik juling mata aku..hahahahaha...dah le harganya boleh tahan senak nak membayar....

Tapi yang pentingnya itulah adalah KetentuanNYA untuk mengingatkan aku tentang kehidupan yang semakin singkat...benda yang dipinjam harus dipulangkan...bersedialah dengan bekalan amal jariah yang hendak dibawa....Semoga aku dapat menyediakan bekalan yang secukupnya untuk perjalanan yang jauh nanti. Amin.

Itulah kebesaran Allah SWT , banyak petanda yang diberi untuk mengingatkan hamba-hambaNYA...rambut bertukar "color", badan dulu "slim" dah mengembang..heheheh..dulu boleh berjaga malam dan bangun awal pagi ...sekarang ni ...dah tak larat dah....tenaga pun dah kurang...kadang-kadang kita aje lupa.... Entah le...lu pikir la sendiri...