21 Julai 2020

Anak Pokok Durian Hitam dan IOI

Memandangkan musim hujan ni sesuai untuk tanam pokok. Aku ambil kesempatan untuk tanam 2 lagi pokok durian iaitu durian hitam dan IOI. Lubang dah tersedia minggu lpeas. Jadi tak adalah banyak kerja sangat.

Anak pokok ni dibeli taklah besar seperti anak pokok durian hitam yang sebelum ni. Haru tu cari kawasan sekitar Jasin dan Merlimau. Satu je nursery yang jumpa dan jual anak pokok durian. Harga boleh tahan juga.


Ini anak pokok durian IOI

Dah tanam kena "kurung" plastik hitam lindung daripada musuh dan panas.

Ini anak pokok Durian Hitam. Kecik je pokok dia.



Dibelakang kejayaan seorang lelaki , pasti ada seorang perempuan di belakang dia. My "Bionic Woman".

Antara kerja yang tak pernah habis.

Semoga anak pokok  durian yang ditanam akan menghasilkan buah yang baik dan banyak. 
Aamiin Ya Rabbil Alaamiin.

08 Julai 2020

Sg. Rambai Airnya Jernih

Heboh , banyak sungai yang kualiti airnya meningkat semasa PKP@COVID-19 . Bukannya air sungai , kualiti udara di negara kita pun telah meningkat. Kurang kenderaan di jalanraya dan kilang-kilang yang tidak beroperasi banyak mempengaruhi kualiti udara.

Di Melaka , selain daripada Sg Melaka , Sg. Rambai juga menarik minat ramai orang disebabkan oleh kualiti air sungai yang meningkat. Air sungai menjadi jernih . Baru-baru ni sempat juga menyinggah di Sg. Rambai yg telah viral tu. Memang jernih air sungainya.



Bagus juga bawa keluarga kat sini sebab di Sg. Rambai ni ,dia adalah kawasan rekreasi.  Da jambatan gantung dan trek joging.









05 Julai 2020

Projek Pokok Durian I

Weekend yang lepas seperti biasa ke kebun. Selain mengemas kebun , aku dan wife tanam 2 anak pokok . 1 anak pokok Durian Hitam atau Black Thorn yang di beli daripada nursery di pasar tani merlimau. Dah lama beli , sebelum PKP lagi.


Harap-harap kaedah "Watering" membantu tumbesaran Duri Hitam ni.

 Nak elakkan daripada musuh dan kepanasan matahari yang terik.


Lepas tanam durian duri hitam , tanam anak pokok yang disemai daripada biji.  Aku pun dah lupa daripada jenis apa durian ni. Rasanya macam D24. Yang ni aku tanam 2 pokok dalam satu lubang. Aku pernah baca didalam internet di Thailand dia orang tanam lebih daripada 1 pokok dalam 1 lubang. 
Aku ada 3 pilihan untuk pokok-pokok ini.
1. Cantumkan batang dia orang bila dah stabil pokok ni.
2. Biarkan dua-dua pokok ni.
3. Tinggalkan pokok yang elok tumbesaran dan buang yang tak ok.
Tengoklah nanti aku buat keputusan.



Ada 2 anak pokok durian ditanam dalam 1 lubang.



Memang perlu plastik hitam ni sebab kawasan ni waktu pagi hingga tengah hari matahari mencanak kawasan ni.

Aku rancang nak tanam 2 lagi anak pokok kahwin minggu depan. Samada dua2 daripada jenis IOI atau 1 IOI dan 1 lagi duri hitam. Tengoklah nanti , yang pasti kena cari yang  tahan lasak sikit.
 So, hari ahad aku sediakan 2 lubang untuk memudahkan aku tanam minggu depan. Aku taburkan Puradan dalam lubang tu.
Lubang dah digali , harap-harap ada la tuannya minggu depan. Hahahahaha. Bila lubang dah ada , tak ada la letih sangat masa nak tanam nanti. Nak kena pasang kain plastik hitam lagi.

So jumpa minggu depan , samada projek yang dirancang berjaya atau tidak.

Doakan pokok-pokok dikebun saya ni berbuah lebat supaya boleh dikongsi rezekinya nanti. 
Inshaa Allah



09 Jun 2020

Pokok Durian , Cempedak dan Jambu

Orang kata kalau tidak diusaha manakan dapat hasilnya. Kalau berangan tanpa usaha tinggal angan-angan jelah.  Daripada tinggal angan-angan , sabtu dan ahad lepas aku dan isteri macam biasa pergi ke kebun yang luas sekangkang kera kata orang.

Sementara isteri aku mengemas kebun , aku menanam Dua batang pokok durian , sebatang pokok cempedak dan jambu. Pokok durian daripada semaian biji durian. Tak pasti kalau hidup bagai Johan bila boleh rasa hasilnya. Tapi yang penting usaha.

Pokok cempedak aku beli dari nursery. Tapi sejarah pokok cempedak ni panjang ceritanya. Pokok Jambu Horne ni kawan adik aku bagi. Satu dah ditanam kat rumah. Yang ini tanam kat kebun pulak la.

In shaa Allah ada lagi pokok yang perlu ditanam termasuk pokok durian duri hitam dan pokok nangka. Di sinilah kami suami isteri akan melepak setiap hujung minggu.


Sempat juga buat kepongan pada pokok jambu dan 1 pokok durian untuk elakkan daripada panas dan musuh.

Sebelum balik sempat ziarah ladang cili depan kebun kita orang. Lagak kita orang macam ladang kita orang. Hahahaha.



Sebenarnya pokok durian ada yang dah keluar hasil. Tapi hasilnya tak ada rezeki kita orang lagi,





31 Mei 2020

Pokok Durian N Jambu Horne

Lama dah nak pergi tanam pokok durian n jambu ni. Benih pokok jambu adik aku bagi, dia dapat daripada kawan dia. 2 pokok semuanya. Tapi nak tanam satu pokok dulu dirumah.


Lepas tanam pokok jambu, tu aku dan mywife pergi kebun macam biasa. Untuk bersihkan kebun dan tanam anak pokok durian yg kita orang semai drp biji. 

 Pokok durian tu aku "cover" dgn batang pokok limau utk elak drp "perosak" lembu, monyet n babi. 
Semoga kedua2 pokok tu akan menghasilkan buah yg banyak. Aamiin. 

Tahun lps aku ada tanam 5 anak pokok durian tapi yg hidup hanya 3 sahaja. 



Pokok nangka pun sempat aku tanam. 
Masalah utama selain drp perosak yg aku cakap tadi, air merupakan musuh utama sbb aku tak ada sumber air. 
Kebun aku dulu pernah ada paip air tapi bayaran dia tinggi juga, walaupun kadang2 aku langsung tak guna air paip tu, bil air yg perlu aku bayar ada RM26 sebulan. 
Sbb jarang pakai n bayaran yg tinggi aku potong je paip tu. 
Ini pokok durian yg dah berbuah tapi  tak pernah rasa buah dia lagi. Jadi habuan... 

25 Mei 2019

Mengutip hasil Petai.

Alhamdulillah, tahun petai mengeluarkan hasil yg memuaskan. Ini lah pertama kali kami dpt mengutip hasil yg agak "lumayan" bagi kami.
Dlm letih berpuasa aku kuatkan semangat mengait petai bersama isteri tersayang.
Terkial kial juga mula2 nak mengait ya. Bayangkan mengait dlm pukul panas terik mentari.. Kat pukul 1 tgh baru berhenti mengait.
Kali ke 2, semalam.. Kau lagi sampai patah galah org.. Hahaha..









12 Mac 2018

Pokok Bidara

Aku dah lama teringin nak tanam pokok buah bidara ni. Apa yang aku tengok kebanyakan orang tanam dalam pasu besar. Tapi aku tak boleh tanam dalam pasu kerana aku jarang ada dirumah , nanti pokok ni mati. Sebab tu aku hanya matikan minat aku nak tanam pokok bidara ni.

25 hb Febuari yang lepas aku beli pokok ni dekat pameran..... di Merlimau dengan harga RM25. Pokok ni ada dua , 1 pokok hutan dan 1 lagi pokok tut. Penjual ni kata , selalunya untuk berubat orang lebih suka cari pokok jenis hutan. Jadi aku tanam dua2nya sekali.

Yang hutan tu pokok dia kecik sikit tapi berduri.




Ini khasiat pokok ni.


1. Menyembuhkan luka dengan cepat

Khasiat daun bidara yang pertama yaitu sebagai daun herbal untuk menyembuhkan luka dengan cepat. Daun ini akan menghentikan pendarahan dan mengeringkan luka agar cepat pulih sehingga tidak meninmbulkan luka baru.

2. Penghilang depresi

Khasiat daun bidara yang selanjutnya yaitu dapat menghilangkan depresi. Daun ini dapat membuat Anda lebih rileks dan membuat syaraf Anda lebih tenang. Anda pun tidak akan merasakan stress maupun depresi yang berlebihan.

3. Meningkatkan nafsu makan

Khasiat daun bidara untuk tubuh juga bagus dalam menambah nafsu makan. Daun ini sebaiknya digunakan bagi Anda yang sering telat makan dan sibuk dalam kegiatan sehari-hari. Nafsu makan Anda pun akan meningkat.

4. Anti diabetes

Khasiat daun bidara juga ampuh untuk mencegah diabetes. Bagi Anda yang sudah terjangkit diabetes juga bisa mencoba daun ini sebagai obat alami yang akan menjaga kadar gula dalam darah. Itulah mengapa daun ini disebut sebagai daun anti diabetes.

5. Mencegah bakteri dan virus

Khasiat daun bidara sangat baik untuk menjaga tubuh dan menguatkannya dari serangan bakteri maupun virus. Sebagian besar penyakit yang Anda punya berasal dari virus maupun bakteri yang mengendap di dalam tubuh.

6. Baik untuk lambung

Daun bidara sangat aman untuk lambung, terutama bagi Anda yang memiliki riwayat penyakit maag. Daun ini akan meredakan berbagai macam penyakit yang ada di lambung karena tidak berdampak negative terhadap asam lambung.

7. Menyehatkan mulut

Mulut yang tidak sehat ditandai dengan timbulnya sariawan dan bibir yang pecah-pecah. Untuk mengatasinya, Anda bisa menggunakan manfaat daun bidara. Daun yang satu ini mampu menjaga kesehatan mulut dari berbagai macam infeksi.

8. Anti kanker dan tumor

Manfaat daun bidara yang penting juga mampu menjadi anti kanker dan tumor. Kedua penyakit tersebut dapat Anda cegah jika Anda memanfaatkan khasiat daun ini. Daun unik ini pun berfungsi sebagai anti oksidan yang alami.

9. Mengatasi haid yang tidak lancar

Khasiat daun bidara yang tidak kalah bagusnya untuk para wanita yaitu dapat mencegah haid yang tidak lancar. Kandungan senyawa dalam daun ini mampu membuat hormone Anda seimbang dan melancarkan haid.

10. Mengobati keputihan pada wanita

Manfaat daun bidara untuk wanita baik untuk mencegah keputihan. Daun ini akan menghilangkan jamur yang ada di dalam miss V. Jamur adalah penyebab utama dari munculnya keputihan dan dapat mengganggu kesehatan tubuh.

20 Manfaat dan Khasiat Daun Bidara Lainnya:

  1. Mengatasi ejakulasi dini
  2. Meningkatkan gairah seksual
  3. Mengatasi bisul
  4. Obat ambeien
  5. Penurun demam
  6. Baik untuk tulang
  7. Menjaga kesehatan gigi
  8. Penurun tekanan darah tinggi
  9. Obat insomnia
  10. Mengatasi nyeri
  11. Menjaga kesehatan usus
  12. Obat penyakit kardiova skuler
  13. Menyehatkan sel tubuh
  14. Obat radang pada kulit
  15. Menyuburkan rambut
  16. Obat gangguan sihir dan jin
  17. Memandikan jenazah
  18. Menguatkan rambut
  19. Mencegah jerawat
  20. Menghilangkan bau darah haid
Itulah 30 manfaat dan khasiat daun bidara untuk kesehatan yang perlu Anda ketahui. Semoga bermanfaat untuk menambah pengetahuan Anda dalam menjaga kesehatan dengan memanfaatkan khasiat daun yang sehat pula. Pola hidup yang sehat akan lebih menguntungkan Anda nantinya di masa depan, karena kesehatan jaman sekarang merupakan hal yang mahal. Selamat mencoba.
Kredit kepada laman https://www.khasiat.co.id/daun/bidara.html
Isteri dah mencuba mandi dengan daun bidara ni , dia kata badan jadi wangi. Aku tak cuba lagi , mungkin satu hari nanti. Ambil 3 daun bidara , diramas dan dimasukkan dalam baldi berisi air dan mandi dengan air tersebut.
Alhamdullilah , semasa aku menulis blog ni , pokok bidara tersebut ok , segar.