12 Jun 2012

I-City - Taman Cahaya Dan Rumah Ais

Walaupun aku rajin berulang-alik ke Shah Alam tapi ini adalah kali pertama aku ke I-City , bandar cahaya. Selalunya aku buat tak reti aje pasal I-City ni , yang aku tahu tempatnya penuh dengan cahaya lampu tapi tak pernah terlintas nak ke sana.
Entah macam mana timbul pula idea aku dan keluarga nak I-City , semuanya gara2 aku ada kerja yang perlu dibereskan disana dan kebetulan pula cuti sekolah.

 

Kita orang 2 keluarga keluar dari Puchong dalam pukul 6.30 petang dan rancang untuk sembahyang Magrib di sana dan terus masuk ke I-City. I-City ni kat seksyen 7 , Shah Alam. tak jauh daripada pintu belakang UiTM.
Charge parking malam tu RM10 . Masuk percuma. Tapi kalau nak masuk ke "Rumah Ais" harga dia berbeza mengikut masa. Sebelum pukul 6 petang harga dia RM25 untuk dewasa , selepas tu RM35 , kanak-kanak tentula harga dia murah sikit.  Aku rasa berbaloi juga dengan harga dia kalau lagi murah lagi bagus hahahaha.

Baru sampai.
Antara permainan yang dijual disana.
Pokok yang dipenuhi cahaya
Menarik . Permandangan dari atas.
Kesian anak2 Panda tu jadi tunggangan




Dinasour       
Kereta ni pun ada 




Nak tengok permandangan dari atas naik le benda ni. Kena bayar le.
Diluar Rumah Ais
Sejuknye.....
Dalam Iglu , bukan oran eskimo






Tak boleh buat snowman , bergambar ajela
Sejuk le ayah.

Sebahagian daripada objek2 ais.
Memang dah sejuk ni
Kat rumah mana ni.?




Mengelonsor dalam rumah ais
Duduk dalam iglu ni boleh kurangkan sejuk
Memang seronok ke I-City , kalau nak berehat-berehat boleh le kesini. Rumah Ais dia memang sejuk , aku rasa tak sesuai untuk baby atau budak kecil kecualilah dia memang mandi ais tiap-tiap. Pakai le pakaian yang sesuai , dinasihatkan pakai kasut ( boleh jimat kos tak perlu sewa kasut ) bukan kasut tinggi, kan tergolek pulak. Kalau nak bawa sarung tangan pun bagus juga tidak le tangan asyik menyelup dalam poket aje. Bayaran masuk termasuk baju sejuk.

15 Mei 2012

Pokok Limau Nipis (Citrus Aurantifolia)


Aku teruja untuk menulis tentang pokok limau nipis ni sebab buahnya yang mempunyai saiz aku agak memang besar. Buahnya yang pernah aku petik adalah sama saiz dengan buah limau mandrin. Kalau mengikut sejarah pokok limau yang aku tanam ni memang menyiksakan. Tak silap aku lebih daripada 5 tahun baru dia mengeluarkan buah. Tapi tak salah kat pokok ni juga. Perjalanan kehidupan pokok ni memang sengsara , berapa kali kena tebas dan macam dah nak mati. Tapi itulah KetentuanNYA , ajal maut ditanganNYA.
Engkau tengokle saiz dia (no. 2 dari kiri ) , lebih kurang sama saiz dengan buah epal merah dan hijua serta pear dan lai.
Ini bukan saiz yang paling besar yang pernah aku petik. Ada yang lebih besar sedikit dari yang ini.

Pokok ni aku dapat daripada kawan yang dapat daripada bapak angkat kawan dia. Hahaha, berapa banyak kawan le.InsyaAllah kalau ada masa aku nak biakkan pokok limau ni , mungkin dengan cara Tut. Kalau nak ditanam secara biji dia mungkin lama sikit kot nak berbuah. Kat kebun aku ada pokok limau nipis yang lain tapi kecik2 lagi.
Buah limau nipis ni banyak khasiat dia , kau orang tengok aje , dalam perubatan tradisional , buah limau nipis mesti diperlukan. Kalau kita batuk tak berhenti boleh guna limau nipis dicampur dengan madu. Insya'Allah bolehle kebah kot.
Kalau buat mandi pun bagus. Dikatakan liang-liang halus pada kulit limau tu boleh meyerap kekotoran yang ada pada badan kita. Lepas mandi pun badan berbau wangi dan segar. Banyak lagi khasiat pokok dan buah limau nipis ni. Rajin-rajin le tanya kat Pakcik Google.
Harga dia pernah aku beli RM10/kilo. Aku tak jual le. Ada rezeki lebih kita kongsi sama-sama. Untuk bekal di akhirat. Insya'Allah.




Ada lagi buah dia yang belum aku petik , tunggu buah dia membesar

Pokok Limau Nipis ni le.

Buah dia di pokok sebelum dipetik.

25 April 2012

Cara Baru Menghasilkan Anak Pokok Buluh Madu

Assalamualaikum.
Banyak juga anak (benih) pokok buluh madu yang telah aku hasilkan , hanya 2 batang aje aku tanam di rumah yg lain nya aku beri pada kawan2 , jiran dan keluarga. Anak pokok ni di ambil daripada potongan rebung yang telah mengeluarkan tunas yg telah besar ( lebih kurang 3-4 minggu selepas rebung diambil ).
Kalau dulu aku ambil satu persatu , macam dibawah ni , susah dan melambatkan.

Dulu satu-satu , sesak nafas nak dapatkan 2 anak benih.

Selepas tu aku cuba teknik di bawah , aku ambil terus satu rumpun  dan selepas tu aku pecah-pecahkan rumpun tersebut menjadi satu benih dan masukkan kedalam polybag seperti dibawah. Kalau rumpun dibawah aku boleh pecahkan kepada 5 anak benih.


Sesak nafas juga nak keluarkan rumpun ni.

Anak benih pokok diletakkan didalam baldi dahulu , ada masa baru diasing-asingkan.

Rebung yang masih kecil dan rumpun buluh tidak digalakkan merimbun.

Rumpun benih anak buluh diambil dari pokok buluh ni.


Yang terbaru ni , sebab aku malas nak masukkan kedalam polybag selepas mengasingkan benih-benih buluh madu tersebut , aku cuba teknik lain pula. Sekarang ni aku masukkan rumpun benih yang telah aku ambil kedalam kotak seperti di bawah. Bila nak ditanam baru aku ambil dan asing-asingkan anak-anak pokok tersebut. Jimat sikit tanah dan polybag aku , tambahan pula bila bagi pada orang. (macam tak ikhas je :) ). Bukan apa , kadang-kadang aku kekurangan tanah dan polybag. Cara ni aku rasa lebih "economic."

Mungkin cara ini lebih menjimatkan.
Anak pokok buluh madu yang telah mengeluarkan daun.

Sarang burung diatas pokok buluh madu dirumah aku. Dapat juga mereka mendapat kebaikan daripada pokok-pokok buluh madu ni.


Sarang Burung

18 April 2012

Projek Pokok Getah II

Ini merupakan projek pokok getah aku yang ke dua. Projek pokok getah aku yang pertama dulu boleh aku katakan gagal. Lebih daripada 30 anak pokok getah yang aku tanam , hanya 4 batang pokok aje yang nampak ok. Selain daripadanya mati kerana perosak-perosak yang ada di kebun aku tu. Apa nak buat kalau kerja di kebun ni hanya part-time aje dan aku mempunyai satu lagi "commitment" yang lebih penting yang menghalang aku untuk memantau anak-anak pokok tersebut.

Projek Pokok Getah II bermula dengan 18 biji polybag mengandungi biji getah.

Kali ni aku merangka satu lagi projek pokok getah ni , yang aku namakan projek getah II. Apa yang aku akan buat ialah mencambah sendiri anak-anak pokok getah daripada biji getah. Ini akan menjimatkan kos aku. Biji-biji getah ni aku dapat daripada bapak mertua aku yang dikutip daripada kebun orang.  Satu plastik bapak mertua aku bagi.


Baru-baru ni aku mulakan dengan 18 polybag. Aku nak tengok dulu perkembangan dia. Samada berjaya atau tidak aku akan tambah bilangan polybag perlahan-lahan. Tengoklah bila mood aku baik atau bila ada masa.

Inilah biji getah, pada siapa yang tak pernah tengok.

Tapi bila tengok biji-biji getah ni , aku teringat masa kecil-kecil dulu , main dengan biji-biji getah ni. Aku bukannya duduk dekat kebun getah atau bapak aku ada kebun getah. Sekolah aku bersebelah dengan ladang getah. Selalunya samada waktu rehat atau sebelum masuk kelas ada dua aktiviti kita orang akan lakukan dengan biji getah. Samada kita orang akan berlawan menggunakan biji getah - biji getah sapa yang pecah kira kalah le. Satu lagi digeselkan biji getah ni kat simen sampai panas lepas tu disuakan kat peha orang ( dulu pakai seluar pendek - sekolah rendah ), apa lagi menjeritle orang.

Biji-biji getah dengan polybag sebagai persediaan untuk Projek Pokok Getah II

Tapi kalau baca kisah zaman dulu , biji2 getah ni dibuat tempe. Mungkin diambil isi dalam biji2 getah ni kemudian ditumbuk supaya menjadi seperti tempe. Banyak cerita-cerita menarik tentang pokok getah ni terutama masa harga getah naik. Ada yang kelakar , antaranya , duit seringgit dibakar untuk mencari duit 50 sen , duit siling dibaling untk menghalau ayam , orang kampung beli peti sejuk walaupun bekalan elektrik masih tak ada dan lain-lain lagi.
Tengoklah nanti bila biji-biji getah ni dah bercambah aku akan tulis lagi , jika itu ketentuanNYA. Doakan semoga projek getah II ni berjaya.

12 April 2012

Bunga Sunda Malam Atau Bakawali ? Bakawali le..

Assalamualaikum.

Mungkin ramai pernah tengok bunga unik ni. Keunikannya ialah dia hanya berkembang pada waktu malam atau tengah malam. Pokok ni isteri aku dapat daripada jiran yang nak buang dia. Isteri aku tumpangkan pokok ni didalam pasu pokok lidah jin. Alhamdulillah dia berbunga. Aku tak kisah sangat dengan pokok ni sehinggalah jiran aku cakap kalau dia berbunga dan menghala kerumah kita , ia akan membawa kebaikan. Tak ada le nak percaya tapi aku dan isteri mengalihkan pokok tu ke arah rumah kami bila ia berbunga. Melawak dengan jiran aku.

Selasa lepas semasa aku sibuk menonton Gold Rush , isteri bagitau nak tengok pokok yang dipanggil "sunda malam" tu yang dijangka akan berkembang pada malam tu. Aku terus ambil kamera aku untuk merakam detik2 bunga tu berkembang. Dapatlah aku mengambil gambarnya dari pukul 11.39 malam hingga 12.08 malam. Nasib kurang baik juga sebab bateri habis selepas tu , kalau tidak boleh rakam banyak lagi gambar.





11.39 PM

11.40 PM

11.45 PM
Menumpang pada pasu pokok lidah jin

12.05 AM

12.08 am
Inilah gambar terakhir yang aku sempat ambil sebelum bateri habis.

Banyak cerita-cerita menarik yang boleh dibaca daripada internet. Ada yang kata bunga ini dijaga oleh bidadari dan macam2 lagi. Orang2 cina menggunakan bunga ini untuk membuat ubat dan ada yang kata boleh mengubat mata rabun.

Selepas matahari naik , bunga bakawali akan menguncup seperti gambar-gambar di bawah.




5.02 pm 11/04/2012

Rupanya ini bukan bunga "Sunda Malam" tapi bunga Bakawali. Apa yang aku lihat bunga ni ada beberapa jenis. Memang menarik kalau diperhatikan kekuasaan Allah Ta'ala. Ada makhluk yang hidup di siang hari, ada yang menawan di malam hari dan macam2 lagi. Itulah ke Kuasaan Allah Ta'Ala dan KetentuanNYA.