24 November 2010

Hari Anugerah Kecemerlangan PASTI@Taqwa 2



Aku dan isteri menghadiri majlis ini bagi memberi sokongan kepada Aishah. Aishah memang "excited" dengan majlis ni sampai nenek , atuk dan abg. khalifah pun diajaknya datang. Tapi mereka tak dapat hadir kerana ada "commitment" masing2. Selain dia akan menerima hadiah kerana prestasi dia , dia juga akan mengetuai pelajar2 5 tahun (bukan tahun 5, aku sentiasa diingatkan oleh aishah tentang perkara ni...) untuk bacaan zikir munajat dan ayat seribu dinar.


Sebahagian Pelajar Yang Menghadiri Majlis Hari Tersebut

Aku lihat semua kerusi yang disediakan penuh dengan ibubapa dan keluarga pelajar2 PASTI. Seprti biasa aku akan duduk dengan "gang2" aku le....Ramai juga kawan2 yang hantar anak mereka ke PASTI , termasuklah mereka yang berdarah keris...Mungkin mereka tahu apa yang akan anak2 mereka dapat...bukannya seperti mereka yang tertutup hati dengan memomokkan tentang keburukkan PASTI. Dan lebih menyedihkan ada pula yang hati yang telah hitam berkarat ingin menutup PASTI dan meruntuhkan pusat asuhan kanak2 ni.....



Ikrar Pelajar2 Pasti@Taqwa Sebagai Seorang Muslim

Sepanjang Aishah bersekolah , tak pernah dia bercerita tentang politik...apa yang pasti banyak doa2 yang dia hafal dan pratik , 10 hadis dihafalnya , "Iqraq" juga telah sampai ke "Iqraq 4" (ada anak2 PASTI yang telah naik ke Al-Quaran) . Aku tidak mampu untuk melakukan semua ni...Terima Kasih kepada Guru2 PASTI yang berdidikasi dan ikhlas mendidik Aishah. Dia juga akan bertudung bila keluar rumah.

Semalam aku bawa dia dan sepupu dia berumur 7 tahun ke pejabat , mereka berdua duduk dihadapan , aku tertarik mendengar perbualan mereka..Aishah bertanya kepada sepupunya , di sekolah dia boleh tak pakai tudung..sepupu dia balas , tak ada seorang pun yang pakai tudung walaupun dia berminat nak pakai tudung, Apa Aishah balas, kita orang islam kena pakai tudung..kalau tidak berdosa , dia sambung lagi , dia kalau sekolah mana2 pun dia akan pakai tudung...huh tersentuh aku...Semoga dia terus menutup aurat dia sehingga akhir hayat dia...Amin. Itulah kesan daripada didikan PASTI....

Aishah "lead" pelajar2 Pasti umur 5 tahun bacaan zikir munajat & ayat seribu dinar.


Aishah terima hadiah untuk 6 mata-pelajaran cemerlang. Yang bagusnya semua pelajar terima untuk kecermelangan masing2. Maksudnya semua pelajar PASTI ni mempunyai kecemerlangan masing2.


Sijil dan Cenderhati untuk konvokesyen


Hadiah No. 2 dalam peperiksaan akhir.


5 tahun dah pakai jubah konvokesyen, aku.........

Sebahagian daripada pelajar PASTI menanti acara bermula.


Sebahagian daripada ibu bapa dan keluarga pelajar yang hadir memberi sokongan kepada pelajar-pelajar.

Guru-Guru PASTI yang berdedikasi mengurus pelajar-pelajar.



Umur baru 6 tahun dah boleh berkhubah....Boleh jemput bagi khutbah kat tempat anda kalau suka...tapi pastikan dapat kelulusan jabatan agama dulu...erm...


Bacaan merdu ayat2 Quran oleh pelajar 6 tahun. (Bukan Tahun 6)

Berceramah juga boleh....tiada teks ditangan....Cemerlang...


Eratnya hubungan mereka.

Kepada mereka yang mempunyai tanggapan buruk dan cuba "memusnahkan" PASTI , seharusnya berterima kasih dengan kewujudan PASTI yang mendidik dan membentuk jiwa anak2 sekarang. Krisis sosial remaja yang begitu kritikal sekarang harus ditangani dari "akarnya" bukannya bila telah "berbuah". Apakah sekolah untuk remaja mengandung dapat menyelesaikan masalah sosial remaja....Aku rasa tidak, ia harus ditangani dari kanak2 itu kecil lagi...sebab tulah dikatakan "anak2 itu seperti kain yang putih", kitalah yang mencorakkannya...

Ada orang berkata , ibubapa sekarang hanya menggunakan anak2 mereka untuk membetulkan kesilapan mereka dengan menghantar anak2 mereka ke sekolah2 Agama. Apa salahnya , ibubapa pada masa dulu tidak berkesempatan untuk melakukan semua ini sebelum ini dan mereka tahu cabaran masalah sosial yang akan dihadapi oleh anak2 mereka. Kita berusaha memberi asas yang terbaik , semoga jika mereka tersalah pilih mereka akan dapat pulang kejalan yang betul dengan mudah kerana telah mempunyai asas yang baik.

Kepada mereka yang bertanggungjawab "meroboh", memberi "kesusahan" dan "menarik" peruntukan ke sekolah2 Agama , Apakah anda orang yg. sesuai untuk orang2 Islam di negara ini bergantung untuk mempertahankan Kedaulatan Islam di negara ni.....?????????????????

Semoga semua taman asuhan atau bimbingan kanak2 menerapkan ilmu islam kepada anak2 islam dan bukannya 4M ( Main , Makan ,Menari, Menyanyi ).

14 November 2010

Buah Delima N Buluh Madu

Salam...kali ni aku nak menulis tentang pokok buah delima dan buluh madu aku...Buah delima aku yang baru berbuah buat pertama kali tahun ni....tak berhenti-henti mengeluarkan bunga..cuma buahnya sahaja tak sebesar yang diinginkan....buahnya pun boleh tahan banyaknya. Aku rasa sekarang ni ada dalam 10 biji buah atas pokok. Bunganya pun masih ada...
Hanya Aishah aje yang pernah rasanya buahnya...Katanya manis ...dan dia nak lagi..tapi tak ada yang boleh diambil lagi.....kena tunggu le..


Pokok buah delima yang tak berhenti berbunga.

Buah delima yang menunggu besar untuk dimakan.

Buah yang ni nampak besar sikit dari buah sulung dulu.

Sebahagian daripada buah delima yang ada atas pokok.


Pokok buluh madu "menyeberang" ke pokok delima , memberi "perlindungan".


Nampak aje besar.....

Sementara buluh madu pula aku hanya menanam 4 benih buluh madu aje dirumah aku untuk tujuan "percubaan" sebelum aku menanam di kebun. Tapi aku rasa tanah dikebun aku tidak sesuai untuk ditanam buluh madu kecuali aku kena keluarkan sikit modal untuk membuat sistem pengairan air sikit. Buluh madu ni memang memerlukan air setiap hari, kalau tak cukup air , buluhnya akan nampak kering dan rebungnya tidak begitu besar dan rebung juga "malas" nak keluar.
Bulu madu yang terakhir aku tanam , aku tak dapat beli dari En. Mokhtar kerana benihnya dah habis...so aku beli dari nursery, harganya mahal sikit RM15. Alhamdullillah , semua buluh madu yang aku tanam dah mengeluarkan rebungnya . Tak perlu tunggu 7-8 bulan...semuanya aku tinggalkan untuk menjadi buluh.


Pokok-pokok buluh madu dan delima ditanam di tepi pagar.


Pokok buluh madu yang telah meninggi di belakang.


Pokok buluh madu yang paling baru ditanam dalam bulan lepas yang telah mengeluarkan rebung.

Itu ketentuanNYA...ada yang sesuai ditanam , ada yang tidak..ada yang berbunga dan ada yang berbuah dan ada yang tidak .....begitu juga manusia...terimalah semua ketentuanNYA...dengan penuh terbuka dan redha.

05 November 2010

Keselamatan Siber

Menakutkan bila mendengar fakta2 yang diberi oleh penceramah dalam satu seminar.....Semua kita sekarang bergantung kepada teknologi siber...hinggakan peralatan rumah kita pun menggunakan teknologi siber....dulu berbual di kedai kopi , tapi sekarang berbual secara siber...tak perlu minum kopi....tapi boleh berjam-jam berbual....tapi tahukah kita ancaman yang perlu kita hadapi....

Sedar atau tidak , peralatan yang kita beli boleh "dicerobohi" dengan "menanam" kod-kod rahsia -"malware" dalam cip yang ada didalam peralatan kita. Kod-kod rahsia ini akan berfungsi bila perlu...Banyak peralatan yang boleh dicerobohi termasuklah peralatan kesihatan...bayangkan jika "malware" ini bertindak keatas pesakit2 yang berada didalam bilik2 ICU....Menakutkan...


Secara sedar atau tidak , kita sendiri sebenarnya kita membari makumat kepada "crackers" ini untuk memudahkan mereka menceroboh sistem komputer kita atau menipu kita.....Anda ada laman sosial...Facebook...saya pun ada...berapa banyak maklumat yang kita boleh kumpul daripada laman web sosial...dimana dia berada , apa kesukaan dia , siapa teman dia..dan banyak lagi...semua maklumat ini amat berguna kepada "crackers"...tapi perlu bersusah payah mengupah orang untuk mencuri maklumat kita...semuanya diberi tanpa diminta...So berhati-hati bila mengguna laman web sosial...jangan semuanya hendak didedahkan sampai tiada lagi rahsia yang rahsia...


Apa yang saya nak kongsi disini , China mempunyai bilangan paling ramai sekali staf "Cyber Security"....Negara kita....Upah aje consultant...bukanke mudah..merepek...Malaysia seharusnya menghasilakn ramai pakar2 "cyber security"...Kita harus menghasilkan perlatan kita sendiri dan mengujinya sendiri..bukannya dengan melantik consultant luar untk menjaga keselamatan negara kita...Adalah pelik , bila kita membeli peralatan senjata dari luar dan bila ingin mengujinya kita suruh consultant itu juga mengujinya...so dimana rahsianya....Banyak syarikat membayar consultant untuk menjaga keselamatan sistem komputer mereka, dan mengupah consultant lain untuk menganalisa laporan sistem komputer mereka...semuanya bergantung kepada "feedback" daripada consultant tersebut...apa yang rahsia untuk syarikat tersebut...bukankah lebih bagus jika syarikat tersebut mempunyai staf yang menjaga keselamatan sistem komputer mereka sendiri...lebih selamat....rahsianya lebih rahsia...

Tugas dan tangungjawab institutsi pendidikan adalah untuk menghasilkan lebih ramai pakar2 "cyber security" untuk memastikan negara kita selamat dalam menghadapi zaman siber ini...Tanggung-jawab kita ???????

Bila Aishah Pun Guna Internet

Memang betul , sekarang ni kanak2 kecil pun dah tahu guna internet. Aishah pun tak terkecuali, sejak diperkenalkan "games" dalam internet , dia kurang berminat lagi dengan "games" lain. Bila balik dari PASTI , komputerlah yang dia tuju....Sampaikan dia suruh aku "beli" internet supaya dia boleh guna komputer di rumah atuk dia...

Notebook aku yang satu tu dah menjadi rebutan antara dia dan abg Khalifah, bila abang dia balik dari asrama...aku nasib baik ada netbook aku yang memang aku tak bagi mereka guna....hanya untuk aku...
Aishah Sedang Ralik Dengan Komputer


Tapi dia guna hanya untuk "games" sahaja...kena monitor juga...takut2 "tersalah" tekan atau iklan2 yang tak berjenis... Semua maklum , internet ada baik burunya...seperti kata seorang penceramah dalam satu seminar yang aku hadiri , sekarang ni anak2 lebih suka bertanya kepada Pakcik Google daripada ibubapa bila ada masalah terutama masalah2 sensitif....banyak maklumat ada dalam internet...ini boleh mengregangkan hubungan antara anak dan ibu bapa...Internet juga boleh merosak "culture" sesuatu kaum.....BE CAREFUL

Harap2 Aishah dapat guna komputer dengan betul...baru 5 tahun...masa depan tak tahulah lagi...mungkin minta broadband pulak...naya aku..hahahaha...

29 September 2010

Kenangan Hari Raya Terakhir Bersama Apak

Salam..

Syawal sedang menuju penghujung...raya tahun ini kami sekeluarga kehilangan ayahanda yang tersayang yang telah pulang ke rahmatullah hujung bulan MAC yang lepas...Kurang berseri raya tahun ini , jika tidak apaklah orang yang sibuk menyediakan bahan untuk masakan menyambut anak menantu dan cucu nya.


Rumah Yang Menjadi Peninggalan Apak Untuk Anak Cucunya Berkumpul



Apa La Yang Disembangkan Dengan Mak Tam



Keriuhan Bila Berkumpul.......Untuk Yang Terakhir Bagi Apak


Bila Waktu Malam....



Lepas Makan...Lepak le...bersama anak buah...



Yang Besar Melepak...Yang Kecil...Inilah Koje Deme...



Tahun lepas apak mencadangkan untuk masak lemang, maka sibuklah bala tentera anak cucunya menyediakan bahan untuk memasak lemang...Itulah seronok dan meriahnya keluarga apak , semuanya turut tolong menolong, daripada kecil sampailah ke tua.

Sibuk mencari buluh lemang dan menyediakan buluh lemang untuk diisi dengan bahan2nya...kelapa di kupas untuk santan , daun pisang dicari untuk alas daun lemang dan pulut dimasukkan kedalam buluh lemang hinggalah dibakar...



Bersih miang buluh.....jangan melekat kat badan udah le...



Amsa Memotong Buluh Lemang...Lagak Macam Pekerja Kontrak...erm...



Buluh kena basuh dulu...Kebersihan kena jaga....



Macam Ni Nak Masukkan Daun Pisang Dalam Buluh.....Ada Paham...



Macam ni...nak kupas kelapa...tau..tau..tau..tak....



Yang Kecik Turut Membantu....



Bila Pulak....Apak Lantik Dia Ni..Jadi Mandur......hahaha



Pak Dan Belah Kelapa....Action mesti ada....


Amir kat Autralia tak perlu mesin kelapa...
Kemeriahan Yang Apak Tersenyum Melihatnya...



Bila buluh lemang dan santan dah siap...barulah dimasukkan beras kedalam buluh.......



Sapa Nak Jaga Api ni.....


Tak Akan Nak Makan Lemang Aje.....Kena Masak Yang Lain....Kat Belakang Tu...Mak Datin...Tengokle Pakaian Dia...

Apak menjadi "manager" dan tersenyum melihat kerenah anak menantu dan cucu2nya...Itulah kepuasan apak...melihat kemeriahan keluarga beliau....Rupanya itulah syawal terakhir apak bersama anak menantu dan cucu2nya.


Gambar Apak Dengan Sebahagian Daripada Anak Menantu Dan Cucu Untuk Kali Terakhir







Bila Berkumpul Apak Pasti Mengadakan Kenduri Tahlil Arwah Bersama Anak Menantu Dan Cucu.

Al-Fatihah disedekah kepada apak , semoga rohnya dicucuhri rahmat dan digolongkan didalam golongan orang2 yang mukmin. Amin.
Itulah Ketentuan Allah S.W.T yang harus kita sebagai hambanya terima dengan hati yang redha.

03 September 2010

Rebung Buluh Madu

Pokok buluh madu yang aku mula2 tanam dulu telah mengeluarkan dua batang rebung. Aku hanya sedar semasa aku menyiramnya pagi tu...kebetulan adalah hari Nuzul Quran...seronoknya hati , tak perlu tunggu 7 bulan lagi.

Rebung yang ditinggalkan untuk menjadi buluh.

Semangat dengan rebung yang keluar daripada pokok buluh madu tu , aku tanam lagi satu anak pokok buluh madu. Pokok yang patut aku bawa balik ke kg. aku tanam dirumah aje...Insya'Allah akan aku bawanya kemudian.
Anak pokok buluh yang baru ditanam , Aishah sedang menyiramnya.

Pertumbuhan rebung memang cepat , semalam aku mengambil keputusan untuk mengambil satu daripada rebung tersebut selepas 8 hari.....Kerana kurang pengetahuan, rebung yang diambil tu tidak disiang dengan betul...so kadang2 termakan juga kulit dia yang keras...sebelum ni isteri aku masak yang telah diproses...sedap juga rebung dimasak pajeri....tapi banyak yang perlu dipelajari tentang pokok buluh madu ni...

Batang rebung buluh madu yang belum diproses.

Rebung buluh madu yang telah diproses

Hari ni aku tengok rebung yang satu lagi tu dah hampir 5 kaki , cepat betul tumbesaran dia....Tak sabar nak tengok pokok2 buluh madu yang lain mengeluarkan rebungnya....Memang puas dapat makan hasil sendiri....tambah yang mula2....